Fri. May 20th, 2022

Firaun dikenali sebagai raja pemerintah mesir dengan sikapnya yang zalim dan kejam. Ia juga merupakan manusia yang pernah menggelarkan dirinya sebagai tuhan semesta alam serta mencabar ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Musa AS. Dalam Alquran, nama Haman disebutkan sebanyak enam kali. Masing-masing terdapat pada Alqashash (28) ayat 6, 8, dan 38; surah Al-Ankabut (29) ayat 39; dan surah Almu’min (40) ayat 24 dan 36.

Berdasarkan keterangan ini, dapat diketahui bahwa Haman adalah seorang pembesar Firaun dan hidup sezaman dengan Nabi Musa AS. Ia bertugas membantu Firaun dalam melaksanakan segala perintahnya, seperti membuat bangunan yang tinggi. Dan, Haman adalah sekutu Firaun.

Pada pertengahan tahun 1799, seorang anggota tentera Perancis, Pierre-Francois Bouchard secara tidak sengaja telah menemui sebuah batu bersurat di bandar Rashid, berhampiran delta sungai Nil. Batu yang dikenali sebagai ‘Rosetta’ itu terbahagi kepada tiga bahagian, dan pada setiap bahagian tersebut tertera tulisan aneh yang sukar untuk difahami.

Para pengkaji percaya bahawa batu tersebut merupakan tinggalan sejarah dari tahun 196 Sebelum Masihi. Batu bersurat ini ditulis dalam tiga bentuk tulisan iaitu hiroglifik, Yunani kuno dan demotik (bentuk sederhana tulisan tangan Mesir kuno, dan bahasa Yunani kuno)

Sekalipun ahli sejarah pada masa itu dapat mengecam dan mengenali tulisan yang tertera pada batu berkenaan, tetapi tiada seorang pun yang dapat merungkai apa maksud di sebalik tulisan-tulisan ini.

Ini kerana agama dan budaya Nasrani telah tersebar secara meluas di Mesir sekitar abad ke-2 dan ke-3 Masihi. Kehadiran pengaruh baru ini menyebabkan rakyat Mesir telah meninggalkan kepercayaan kuno mereka berserta dengan tulisan hiroglifiknya sekali. Bahasa gambar dan lambang telah dilupakan sehingga tidak seorang pun yang dapat membaca dan memahami apa yang tertera pada batu bersurat itu.

Pada tahun 1801, Perang Napoleon telah meletus di antara pihak British dan Perancis di Mesir. Kekalahan tentera Perancis telah menyebabkan pihak British telah mengambil batu bersurat itu dan dibawa ke London untuk dibuat kajian. Pada 1802, batu tersebut ditempatkan di Muzium British untuk tatapan umum.

Bermula daripada situ, pelbagai pihak dari seluruh dunia telah menawarkan diri untuk membuat kajian mengenainya. Namun, terjemahan semula penulisan manuskrip kuno itu masih menemui jalan buntu kerana bukti artifak yang ditemui sangat minimum.

Selama beberapa dekad ia tersimpan di situ tanpa ada sesiapa pun yang dapat menghuraikannya. Sehinggalah pada tahun 1822, seorang pakar sejarah dan bahasa dari Perancis, Jean- Francois Champollion yang mempunyai kepakaran dalam budaya Yunani berjaya merungkai tulisan yang terdapat pada batu tersebut.

Isi terjemahan tulisan itu berkisar tentang peradaban, agama dan kehidupan masyarakat Mesir kuno. Secara tak langsung, terjemahan ini telah membuka jalan kepada pengetahuan yang lebih banyak tentang babak-babak penting sejarah tamadun manusia zaman silam.

Selain itu, ia turut memahat nama-nama penting dalam sejarah tamadun Mesir seperti Firaun, isteri serta anak-anaknya. Juga terukir nama ‘Haman’ yang selama ini menjadi perdebatan.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *