Hina TMJ, Selebriti dan deejay radio Patrick Teoh disambung reman

Post 297: Hina TMJ, Patrick Teoh disambung reman

Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, disambung reman selama dua hari sehingga Khamis ini susulan kes memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Teoh direman sejak Ahad lalu. Beliau berkata, kita akan terus menjalankan siasatan. Ada sedikit tanda-tanda yang dia sudah mula beri kerjasama. “Password lah… segala macam. Telefon bimbit yang hilang pun sudah jumpa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Teoh, 73, ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mei lalu atas tuduhan menghina Tunku Mahkota Johor sebelum keterangannya diambil. Peguam Teoh, Rajan Navaratnam dilaporkan berkata, juruhebah dan pelakon komedi terkenal itu didakwa berkongsi semula video lama Tunku Ismail berpakaian tentera dan mengendalikan senjata api.

Teoh juga didakwa memuat naik kata-kata kasar ketika berkongsi video itu di akaun Facebooknya, Khamis lalu sebelum laporan polis dibuat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

Sumber: Berita Harian 12 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment