Ingkar PKP, anak Zahid dan Suaminya didenda RM800

Post 287: Ingkar PKP, anak Zahid dan Suaminya didenda RM800

Majistret Shahwira Abdul Halim menjatuhkan hukuman kepada anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff hari ini atas kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP). Mereka didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah

Nurul Hidayah dan suaminya didakwa kerana melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Pada 20 April lalu, Nurul Hidayah, 41, memuat naik gambar di Instagram miliknya ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

Perkara itu mendapat kecaman netizen yang mendakwa beliau dan suaminya melanggar PKP kerana keluar berdua dan seolah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk berbuat demikian.

Sumber: Berita Harian 5 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment