Tue. Sep 20th, 2022

Post 49: Bagaimanakah Israel mendahului negara-negara besar bagi kajian Cik Hussin?

Di saat Amerika Syarikat masih lagi dalam dilema untuk membenarkan kajian Cik Hussin dan negara-negara lain menerima Cik Hussin sebagai rawatan alternatif, Irael telah tampil kehadapan untuk mendahului semua negara dalam kajian dan inovasi teknologi kajian Cik Hussin.

Kata jurucakap Cibdol, salah satu syarikat Cik Hussin yang besar bertapak di Swiss, ” Israel bukan sahaja mengepalai kajian perubatan Cik Hussin, malah ia merupakan salah satu negara awal yang membuat keuntungan melalui jualan perubatan Cik Hussin “. Israel pada kini dianggap sebagai ” Tanah Suci bagi medikasi Cik Husin “, ujar beliau.

Pelapor awal kajian bagi medikasi Cik Hussin di IsraelĀ  iaitu Raphael Mechoulam, seorang biochemist dan Profesor di Univerity Hebrew Jerusalem memainkan peranan penting dalam perkembangan kajian Cik Hussin di Israel. Beliau merupakan pengkaji terawal yang mengkaji komponen kimia asas yang terdapat dalam tumbuhan Cik Hussin.

Kajian Cik Hussin Di Irael

Pada tahun 1960, Mechoulam telah memulakan kajian mengenai kebaikkan medikasi Cik Hussin. Mechoulam mendapat pentauliahan kedoktoran di Irael dan memulakan karier awalnya bersama Pusat Rockfeller di New York. Pada tahun 1960, beliau memilih Cik Hussin sebagai topik utama kajian selepas mendapat tempat sebagai tenaga pengajar junior di Weizmaan Institute di Rehovot.

Pada 2007, beliau telah ditemu bual oleh sebuah akhbar dan ditanyakan soalan tentang pilihannya untuk mengkaji tumbuhan Cik Hussin. Beliau menjawab ” Pada tahun 1960, kajian mengenai tumbuhan ini telah diabaikan oleh seluruh masyarkat dunia, sedangkan ia merupakan salah satu tumbuhan awal digunakan untuk perubatan pada zaman dahulu kala “.

Melihat pada peninggalan kajian yang lepas, beliau terkejut dimana tiada seorang pun berminat untuk mengkaji kandungan aktif yang ada dalam tumbuhan tersebut.

Israel Hari Ini

Mechoulam dan pengkaji yang lain di Israel merupakan pengkaji yang terawal dalam mengasingkan kandungan CBD dan THC di dalam tumbuhan Cik Hussin. Dengan penemuan ini, ia memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji tersebut untuk mengkaji kesan terhadap psikologi dan fizikal manusia terhadap perubatan alternatif ini. Pada tahun 1990, kerajaan Israel dikatakan membiayai kajian tersebut untuk membantu para pengkaji mencari maklumat yang lebih mendalam mengenai tumbuhan ini.

Pada 2017, Insititusi Farmasi yang terletak di Universti Hebrew telah ditubuhkan sebegai Pusat untuk kajian Cannabinoid. Pusat ini pada awalnya mempunyai 27 orang pengkaji Cik Hussin pada awal penubuhannya.

Sumber:

Dipensaries. com

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *