Sat. Sep 24th, 2022

Jabir al Battani atau nama penuh beliau adalah Abu Abdallah Mohammad ibn Jabir ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al-Battani. Beliau juga dikenali sebagai  sebagai Albategnieus di barat. Jabir al-Battani berasal dari Harran, Turki. Sumbangan terbesar beliau kepada dunia sains dan matematik ialah dalam bidang falak di mana Al-Battani telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membina pusat kajian cakerawala di Rakyah.

Dalam matematik, beliau adalah orang yang pertama menggantikan penggunaan chords  Greek dengan sinus. Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya.  Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang yang pertama menghasilkan jadual cotangents.

Beliau telah mengemukakan kaedah pengukuran bintang di cakerawala menggunakan garis lengkuk. Sebelum ini, para saintis Yunani telah memperkenalkan pengukuran bintang menggunakan tali. Pengukuran Al-Battani itu didapati lebih tepat dan praktikal kerana ia berdasarkan kepada teori tangen dan kotangen yang ditemuinya.Namun begitu, barat tidak pernah memberi penghargaan kepada Al-Battani berhubung penemuan teorinya itu. Sebaliknya mereka menceduk dan “mencuri” teori Al-Battani serta mengubahsuai dan menukarnya kepada istilah Yunani ialah sine yang berasal daripada kata dasar “sinus”.

Salah satu pencapaian Al-Battani yang paling terkenal di astronomi adalah penyempurnaan dari nilai-nilai yang ada untuk panjang tahun. Ptolemy menghitung panjang tahun matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 55 minit dan 12 saat. Al-Battani menghitung kembali nilai-nilai tahun matahari untuk panjang tahun sebagai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Para peneliti telah menganggap perbezaan fenomena karena Al-Battani berada di lokasi geografis yang lebih dekat dengan lintang selatan, yang mungkin lebih menguntungkan bagi pengamatan tersebut.

Beliau mampu memperbaiki beberapa hasil Ptolemy dan menyusun tabel baru dari matahari dan bulan. Al-Battani menemukan kembali bahwa arah Matahari berubah. Jabir al- Batani juga dikatakan menguraikan ke tingkat tertentu sejumlah hubungan trigonometri, penggunaan sinus dalam perhitungan, dan sebagian dari garis singgung. Ia menjelaskan ke tingkat tertentu karya seorang astronomi India, Aryabhata (476-550 M) dan astronomi Yunani Pythagoras (570 SM – 495 SM). Dia juga menghitung kembali nilai-nilai untuk presesi ekuinoks (54,5″ per tahun, atau 1° dalam 66 tahun) dan arah miring dari ekliptika (23° 35′), yang merupakan penjabaran dari Hipparchus. Dia menggunakan tingkat yang seragam untuk presesi dalam tabel nya.

Perhitungan yang digunakan oleh Al-Battani ini masih digunakan sehingga ke hari ini dan menjadi asas kepada penciptaan jam yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Teori yang dikemukakan oleh beliau ternyata mendahului zamannya dan merupakan satu penemuan yang cukup besar serta merubah perjalanan sejarah dan ilmu pengetahuan manusia. Walaubagaimanapun, usaha Al-Battani itu tidak pernah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh saintis barat. Beliau bukan sahaja dinafikan hak ciptanya ke atas teori tersebut tetapi juga kaedah “algorism” atau “algorithm” yang dirintis oleh beliau.

Walhal sumbangan dan jasa  Al-Battani cukup banyak serta tidak terbatas kepada ilmu falak semata-mata. Al-Battani sesungguhnya merupakan seorang saintis Islam yang terulung dan tiada tolok bandingannya di dalam bidang matematik, geometri dan fizik.Dalam bukunya yang berjudul “al-Mijisti”, beliau telah membetulkan beberapa kesilapan yang dibuat oleh Batlaimus, seorang saintis Yunani. Buku ini bukan sekadar menerangkan konsep dan kepentingan cakerawala tetapi juga menunjukkan cara-cara untuk mengukur perjalanan planet serta bintang.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *