Jihad dan Agama Perang?

Post 36: “Jihad yang sebenar adalah peperangan melawan hawa nafsu pada diri sendiri”, Nabi Muhammad S.A.W

Jihad dari sudut bahasa adalah masdar kepada jahada, yujahidu, jihadan dan mujahadatan. Jihad berasal daripada perkataan jahada, yajhadu dan jahdan. Jihad dan mujahadah bererti mencurakah tenaga bagi menentang musuh. Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Jihad dalam bahasa Arab ialah kata nama terbitan daripa jaahada yang bermaksud berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat.

Jihad menurut istilah syariat Islam ialah berusaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin seluruh alam. Kesimpulannya, jihad bereti seseorang muslim mencurahkan tenaga dan kekuatan bagi menentang kejahatan dan membuang kebatilan bermula daripada membuang kejahatan dalam diri dengan menolak godaan-godaan syaitan. Manakala yang keduanya jihad menentang kejahatan yang berlaku dalam masyarakat sekeliling di mana ia berada sekadar mana yang termampu.

Terdapat tiga bahagian dalam jihad:

  1. Jihad melawan musuh yang jelas
  2. Jihad melawan syaitan
  3. Jihad melawan nafsu

Jihad menentang golongan yang memusuhi Islam

Islam tidak memerintahkan umatnya untuk memerangi semua orang yang tidak menerima dakwahnya. Jika mereka sudi untuk hidup berbaik-baik dengan orang Islam, maka mereka akan diberikan hak dan tanggungjawab sama seperti hak dan tanggungjawab yang diperolehi oleh umat Islam yang lain. Ini telah dibuktikan oleh Islam sepanjang sejarah pemerintahan dan kekuasaannya dahulu. Malah tercatat dalam sejarah Islam lampau bahawa kementerian tertentu di bawah kekuasaan Islam diketuai oleh orang bukan Islam yang mahir dalam bidang yang berkenaan.

Golongan yang sentiasa memusuhi Islam telah, sedang dan akan wujud sepanjang perjalanan sejarah. Golongan ini tidak akan sama sekali membiarkan dakwah Islam berkembang. Malah, ada yang sanggup mengusir umat Islam daripada tanah air mereka sendiri seperti yang berlaku di Palestin. Hanya orang yang memerangi Islam dan umatnya seperti ini, serta golongan yang menghalang daripada perlaksanaan usaha dakwah sahaja yang diperintahkan oleh Islam untuk diperangi.

Akan tetapi bentuk jihad untuk menghadapi golongan kafir adalah bergantung kepada keadaan. Islam bukanlah agama yang keras dan kaku. Ia memandu umatnya supaya bertindak sesuai dengan situasi serta kemampuan yang ada.

Jihad nafsu

Nafsu merupakan anugerah Allah kepada manusia. Dengan itu, menentang hawa nafsu tidak bermakna menolak semua bentuk kesenangan dan kenikmatan di dunia ini. Ia lebih kepada mengawal dan menyalurkan nafsu ke arah yang betul. Bagi mencapai maksud itu jiwa hendaklah dibersihkan.

Jihad menentang hasutan iblis dan syaitan

Syaitan adalah pengikut kepada iblis. Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Allah s.w.t. telah merakamkan keazaman iblis di dalam al-Qur’an melalui firman-Nya Surah al-A’raf: 16 – 17.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami Jihad dan Agama Perang. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam thenang.

Sumber:

  1. Jihad dan Konsepnya, JAKIM
  2. PressBooks WLA 104/03 PENGAJIAN ISLAM

Leave a Comment