Sat. May 14th, 2022

Kamikaze berasal dari perkataan Jepun yang dipecah kepada dua suku kata Kami dan Kaze yang bermaksud (Kami: Semangat) dan (Kaze: Angin). Perkataan ini mula popular apabila unit tentera udara Jepun, Shinpū Tokubetsu Kōgekitai, menjunamkan kapal terbang mereka demi memusnahkan kapal perang Amerika ketika siri peperangan dunia ke dua di laut Pasifik. Perkataan Kamikaze ini pada awalnya merujuk kepada taufan yang melanda Mongol sehingga mengancam selatan Jepun pada tahun 1281.

Juruterbang dan kapal terbang yang terlibat didalam perang dunia ke 2 ini dipanggil Kamikaze dimana mereka telah mengorbankan diri mereka untuk memusnahkan pihak lawan. Amalan serangan Kamikaze ini berterusan sejak bermulanya serangan Battle of Leyte Gulf pada Oktober 1944 hingga ke pengakhiran perang.

Kebanyakkan pejuang Kamikaze melengkapkan kapal terbangnya dengan bom dan minyak  yang banyak sebelum menghempaskan kapal terbang mereka ke kapal perang musuh.

Pihak musuh menggelar kapal terbang Kamikaze sebagai “Baka”, yang diambil dari perkataan Jepun yang bermaksud “bodoh”. Ini kerana, juruterbang Kamikaze yang melengkapkan dirinya dengan peluru berpandu tidak lagi memilih untuk hidup apabila serangan dijalankan. Mereka menjunamkan kapal terbang mereka pada ketinggian 25,000 kaki dari udara dan menghidupkan enjin kapal terbang pada saat menghampiri kapal musuh bagi menambahkan kelajuan dan kemusnahan melalui impak yang kuat.

Penyerang Kamikaze telah berjaya memusnahkan 34 kapal perang pihak lawan semasa perang berlansung. Hampir 5000 tentera Amerika terbunuh dalam siri peperangan yang berlaku di Okinawa.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *