Fri. May 13th, 2022

Nyai Roro Kidul merupakan dewa laut yang terdapat dalam sejarah mitologi rakyat Indonesia dan Sunda. Dia dikatakan dewa laut yang mengawal laut pada bahagian selatan (laut India). Mengikut cerita rakyat orang Sunda, dia merupakan puteri raja yang cantik bernama Dewi Kadita. Dewi Kadita dikatakan berasal Pajajaran, iaitu negeri di bawah jajahan kerajaan Sunda.

Nyai Roro Kidul mempunyai pelbagai nama dan menjadikan penceritaan mengenainya pelbagai mengikut tempat, bangsa dan tradisi. Selain Dewi Kadita, dia juga dikenali sebagai Ratu Laut Selatan oleh warga Sunda. Mengikut tradisi Jawa, Nyai Roro Kidul dikenali sebagai Kanjeng Ratu Ayu Kencono Sari. Ramai warga jawa mementingkan penghormatan apabila menyebut namanya dengan membahasakan Nyai, Kanjeng dan Gusti.

Mengikut bahasa jawa. roro atau loro merujuk kepada dua. Dua pada namanya menceritakan pada dirinya terdapat dua semangat. Nyai Roro Kidul selalu digambarkan sebagai ikan duyung yang cantik. Makhluk mistik ini dikatakan dikatakan telah membunuh ramai orang dilautan mengikut pada permintaan yang dibuat oleh sesiapa yang menyerunya. Mengikut kepercayaan tempatan, Nyai Roro Kidul selalu memperdayakan nelayan atau pelawat yang mempunyai rupa yang tampan untuk menjadi korban.

Mengikut Sultan Hamengkubuwono IX dari Yogjakarta, beliau pernah berjumpa dengan Nyai Roro Kidul di alam roh. Beliau sendiri melihat Nyai Roro Kidul boleh berubah dalam pelbagai bentuk. Pada saat mereka bertemu, Nyai Roro Kidul muncul sebagai seorang wanita yang cantik. Dia juga dikatakan boleh berubah menjadi seorang wanita tua. Kecantikkan Nyai Roro Kidul dikatakan bertambah saat bulan penuh.

Sehingga hari ini, rakyat tempatan percaya dan menganjurkan pesta pengorbanan di laut bagi menghormati semangat Nyai Roro Kidul. Terdapat pantang larang yang diceritakan oleh rakyat tempatan di mana mereka melarang penggunaan selendang warna hijau akua di kawasan Selatan Jawa. Ini kerana, mereka percaya itu adalah warna kegemaran Nyai Roro Kidul dan selalu digambarkan pada lukisannya.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *