Thu. May 19th, 2022

Kagura (penghibur dewa) adalah ritual Shinto yang bercirikan tarian. Antara tujuan Kagura dijalankan adalah untuk mensucikan dan menguatkan semangat. Tarian ini melibatkan semangat dan membenarkan penari-penari dirasuk oleh semangat yang diseru. Kebiasaannya, ia diketuai oleh pawang wanita dimana ia akan menari sehingga ia mendapat ramalan daripada dewa yang diseru. Dia kemudian akan membiarkan tubuhnya di masuk semangat dewa untuk meneruskan tarian Kagura. Kagura dikatakan berasal dari seni istiadat kami’gakari dan berevolusi dari masa ke semasa. Hari ini tradisi ini masih lagi diamalkan mengikut kalendar pertanian di Shimane dan kawasan-kawasan lain.

 

 

Mengikut epik Kojiki dan Nihon Shoki, tarian ini merupakan tarian rakyat. Ia merupakan siri lagenda mengenai dewa matahari Amaterasu yang berlindung ke gua dan memberi kegelapan dan kesejeukan pada dunia.  Ame-no-Uzume merupakan dewa kepada senja dan kemeriahan telah mengajak dewa-dewa lain untuk menari bagi menghiburkan hati Amaterasu. Kagura dikatakan bersumber daripada peristiwa ini. Kagura pada awalnya dikenali sebagai kamukura atau kamikura merupakan tarian suci yang ditarikan kepada maharaja oleh anak gadis yang dikatakan membawa semangat Ame-no-Uzume.Semasa tarian dijalankan, gadis-gadis Kagura akan memakai topeng dan menyeru dewa-dewa yang ada. Gadis-gadis Kagura digelar Miko. Miko akan menari sehingga semangat dewa-dewa merasuk mereka semua. Ia dikatakan membawa rahmat daripada dewa-dewa tersebut.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *