Mon. Sep 19th, 2022

Post 43: Cik Hussin boleh membantu meransang saraf otak mati

Kajian demi kajian telah dijalankan di luar negara mengenai tumbuhan Cik Hussin untuk tujuan perubatan. Negara kita juga seharusnya bergiat aktif dalam kajian ini bagi menyediakan sumber alternatif untuk perubatan seperti negara jiran kita, Thailand. Kawalan undang-undang tidak dapat membendung masalah sosial Cik Hussin kecuali dengan proses legalisasi. Hal ini demikian kerana, ianya boleh dipantau hebat mengenai penyalahgunaan tumbuhan ini sekiranya ia dilesenkan. Selain itu juga, pengimport dan pegedar berlesen juga dapat menyekat masalah kegiatan penyeludupan Cik Hussin ke dalam negara kita.

Pada 28 Januari 2019, terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar Neurosains Universiti Putra Malaysia mengenai penggunaan Cik Hussin untuk perubatan. Dalam penemuan tersebut, pakar Neurosains UPM menyatakan penggunaan Cik Hussin boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan antaranya mampu meransang pembentukkan saraf otak yang mati.

Didalam kajian tersebut, ia membabitkan membabitkan empat kumpulan tikus yang menerima suntikan Tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif yang diekstrak daripada tanaman Cik Hussin pada dos serendah 0.5 miligram (mg), 1.0 mg, 1.5 mg dan 2.0mg/kilogram (kg).  Tikus yang menerima suntikan THC 2.0 mg/kg menunjukkan fungsi kognitif menurun atau merosot tetapi sebaliknya tikus yang menerima dos serendah 1mg/kg, menunjukkan tanda positif pertumbuhan neuron baharu dengan fungsi kognitif normal. Kajian mendapati, Cik Hussin boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu. Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian itu adalah Cik Hussin pada dos yang kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak.

Dengan penemuan ini, sekiranya Cik Hussin boleh merangsang sel saraf baharu, ini bermakna Cik Hussin boleh digunakan untuk merawat pesakit alzheimer atau nyanyuk yang berpunca daripada saraf otak mati.

Apa yang kita harapkan agar Malaysia membuka lebih banyak ruang untuk kajian mengenai tumbuhan haram ini.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai topik Kajian Cik Hussin di Malaysia. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam Thenang

Sumber:

  1. Berita Harian Online, Halina Mohd Noor, 28 Januari 2019, 10.23 am

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *