Kejatuhan Empayar Uthmaniah berkait rapat dengan gerakkan Freemason?

Pada Jun 2015, sebuah majalah sejarah terkenal Turki berjudul “Derin Tarih” (Deep History) dikatakan telah membuat pendedahan mengenai sejarah yang disembunyikan ia bagaimana gerakkan Freemason memainkan peranan dalam menjatuhkan Empayar Uthmaniah. Pengeluar majalah tersebut merupakan syarikat yang sama dalam mengeluarkan majalah Development Party (AKP) dan surat khabar Yeni Safak dan selalu mengeluarkan cerita-cerita yang menarik dan mendedahkan dokumen bersejarah. Freemason bukanlah musuh utama bagi penulis-penulis AKP, tetapi serpihan gerakkan ini masih lagi wujud dan memainkan peranan mereka didalam sistem politik Turki. Pada tahun 1970, Presiden Edroga pernah menulis dan membawa cerita ini ke teater yang bertajuk “Mas-Kom-Ya) atau (Mason – Communist- Jew)

Didalam gambar terbabit adalah Presiden Edrogan

Penulis buku sejarah, Dorothe Soomers telah menulis dan mengkaji mengenai gerakkan Freemason semasa dalam pemerintah Empayar Uthmaniah pada abad ke 19 dan awal abad ke 20. Soomers telah fokuskan kajiannya terhadap masonic lodge yang terletak di Syria dan keseluruhan situasi yang terjadi sewaktu pemerintah empayar tersebut. Masih banyak kajian yang perlu dilakukan mengikut beliau kerana hanya terdapat sedikit sahaja bukti yang ditinggalkan dan tidak dapat dirungkaikan.

Gerakkan rahsia ini mengetengahkan “kebajikan masyarakat” dan mengambil tempat dalam pelbagai kegiatan ritual keaagamaan yang misteri seperti khabar angin yang digembar-gemburkan mengenai mereka. Terdapat pelbagai muslihat yang dilakukan oleh mereka semasa kekuasaan Empayar Uthmaniah bagi mengembangkan faham Freemason yang dibawa masuk dari Eropah ke tanah Turki pada awal abad ke 19. Kewujudan lodge-lodge di Turki tidak dapat dikesan kerana binaanya menyerupai rumah-rumah asal dan tradisi di sana. Selain itu, gerakkan ini juga dikawal ketat oleh mereka yang mempunyai pangkat dan kelas atasan menyebabkan ia sukar dipantau semasa pemerintahan Empiyar Uthmaniah. Lodge yang menjalankan aktiviti gerakkan freemason dikatakan berselindung dengan aktiviti golongan elit, perniagaan, kelab sosial dan disana mereka mengembangkan idea-idea mengenai persaudaraan, kesamarataan, tolenransi bagi mengaburkan mata pihak-pihak yang tidak terlibat.

Gerakkan tersebut mula menjadi tarikan apabila mereka mula campur tangan didalam insititusi keagamaan dan kegiatan politik. Mereka mula cuba untuk memenuhi keperluan yang tidak dapat diberikan oleh Empayar Uthmaniah kepada rakyat-rakyat negara Turki melalui idealogi-idealogi kehidupan rakyat yang ditekan, menggulingkan pemerintah serta kemodenan di negara terebut. Mereka menyelinap masuk dalam sudut-sudut agama dengan menggunakan fahaman mereka dan berselindung agar idealogi mereka mirip seperti agama Islam dan Kristian pada waktu itu walaupun idealogi yang disebarkan adalah bertentangan dengan kedua-dua agama. Melalui agama, mereka lebih cepat mendapat sokongan serta kepercayaan untuk menguasai politik disana. Dengan cara mereka sendiri, mereka cuba menggabungkan kedua-dua agama bagi mewujudkan percanggahan fahaman agama yang benar bahawa dua agama ini tidak pernah sama.

Walaupun terdapat pelbagai keraguan bagi ahli baru yang beragama Islam menyertai gerakkan itu, mereka setiap hari disemaikan mengenai peradaban baru dan berjaya menguasai pemikirian mereka. Pembersihan minda ini tidak sahaja dilakukan dalam kalangan mereka yang beragama Islam, malah fahaman ini juga mula dibenihkan dalam kalangan mereka yang beragama Kristian dan Yahudi. Mereka juga mengangkat agama Yahudi sebagai ketua yang bakal menguasai dunia dengan pelbagai siri dan usaha menyelinap masuk melalui penjatuhan agama, moral dan sistem anarki seperti yang ditulis didalam buku “Protocols of the Elders of Zion.”

Terdapat tiga Lodge Masonic yang bergiat aktif di Damascus, Beirut dan Tripoli pada waktu itu membawa kepada perkembangan idealogi mereka seluruh bandar besar pemerintahan Empayar Uthmaniah seperti Istanbul, Izmir dan Salonica. Kesemua konspirasi ini dikaitakan dengan Mustafa Kemal Ataturk dimana dia sendiri salah seorang ahli yang aktif di Lodge Salonica Veritas.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

Leave a Comment