Sat. May 14th, 2022

Pada tahun 1953, terdapat kes tiga buah kapal terbang yang terhempas, mengakibatkan lebih kurang 43 nyawa terkorban. Persamaan punca nahas ketiga-tiga pesawat tersebut adalah disebabkan mempunyai bentuk tingkap yang sama iaitu petak.

Berikutan itu maka bermulalah penciptaan tingkap kapal terbang berbentuk bujur. Sejarah penciptaan itu bermula apabila terdapat sebuah industri penerbangan pada ketika itu ingin menjimatkan penggunaan minyak. Semakin penerbangan komersial menjadi popular, semakin tinggi syarikat penerbangan menerbangkan pesawatnya untuk menjimatkan kos kerana kepadatan udara yang rendah pada altitud tinggi seterusnya mengurangkan daya seret (drag force). Namun, penerbangan pada ketinggian yang tinggi memberikan masalah kerana manusia tidak mampu bertahan ketinggian 30,000 kaki. Untuk membolehkan penerbangan altitud tinggi, pereka kapal terbang memperkenalkan tekanan kabin atau cabin pressurisation ada tahun 1938. Tekanan kabin memberikan udara yang ditinggikan tekanannya supaya manusia dapat bertahan di dalam kabin pada altitud tinggi.

Bagi menjimatkan penggunaan minyak oleh kapal terbang, ia perlu terbang tinggi dengan altitud 30,000 kaki. Bagaimanapun untuk melakukan penerbangan setinggi itu, tekanan dalam kapal terbang perlu dikekalkan bagi membolehkan para penumpang bernafas seperti biasa. Ketika mencapai tahap altitud yang tinggi, tekanan pada bahagian badan kapal terbang akan semakin berkurang namun tekanan di dalam tidak akan berubah sama sekali.

Kesan perbezaan tekanan ini akan menyebabkan badan kapal terbang sedikit mengembang dan perubahan ini akan mengakibatkan ketegangan terhasil lalu mengalir dalam bahan tersebut. Ketegangan yang semakin bertambah inilah yang menjadi faktor utama badan kapal terbang tersebut rosak dan lagi teruk patah.

Kebanyakan pakar telah membuat kajian terhadap kes kapal terhempas itu dan menjumpai penyelesaiannya, iaitu dengan menghasilkan tingkap berbentuk bujur. Mereka menemui teori di mana tingkap yang berbentuk bujur akan menghasilkan tekanan yang lebih rendah berbanding tingkap berbentuk petak. Inilah sebabnya mengapa tingkap kapal terbang itu berbentuk bujur sehingga ke hari ini.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *