Sat. May 14th, 2022

Post 59: Hisap Cik Hussin dapat 3000 usd!

Trending zaman sekarang dimana kita semua mengidamkan kerja yang kita minati agar kita tidak tertekan pada setiap hari untuk menempuh tempoh 12 jam ditempat kerja. Pada 3 Desember 2019 yang lepas, satu syarikat antarabangsa yang menggunakan laman sesawang American M a ri ju na telah memaparkan iklan untuk mencari reviewer yang berminat untuk menyertai mereka.

Mereka mencari s t o n e r tegar bagi membuat review produk mereka yang terdiri daripada pelbagai jenis strain Cik Husin dan CBD. Yang menariknya dalam iklan tersebut, korang melakukan “kerja-kerja” review tersebut di rumah korang sahaja. Syarikat tersebut akan memilih calon-calon yang tinggal di negara yang tidak mengharamkan penggunaan Cik Hussin agar tiada masalah berkaitan perundangan timbul yang boleh menjejaskan reputasi syarikat mereka.

American M a ri ju na di dalam iklannya menyatakan ” Kami mencari seseorang yang berminat untuk membuat review product kami untuk memberi pengetahuan dan berkongsi pengalaman kepada pembaca mengenai produk kami. Pemohon haruslah seorang yang jujur dan memberi pandangan dan pendapat mereka untuk mereka jadikan testimoni pengguna di blog mereka. Selain itu, calon juga haruslah selesa apabila berada di hadapan kamera untuk membuat video “unboxing” dan menerangkan bagaimana produk kami berfungsi “.

Didalam iklan tersebut juga mengatakan bahawa calon yang terpilih akan dibayar sebanyak 3000usd-6000usd sebulan bergantung kepada kebolehan dan kemahirannya mereka menarik minat penonton untuk melihat review mereka

Macam mana korang nak apply benda ni? Korang click pada gambar yang kami sediakan. Kesahihan tidak dapat dipastikan

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *