Sun. May 15th, 2022

Khalid al-Walid yang terkenal dengan gelaran “Saifullah al-Maslul” atau “Pedang Allah Yang Terhunus” adalah anak kepada Tokoh terkemuka Makkah pemimpin Bani Makhzum, al-Walid bin Mughirah. Beliau dilahirkan di Makkah pada 585M dan merupakan sepupu kepada Khalifah Umar al-Khattab, sekali gus anak saudara kepada Saidatina Maimunah binti al-Harith, isteri Nabi S.A.W. Beliau merupakan seorang pahlawan yang gagah berani dan Panglima perang yang tidak pernah tewas dalam semua peperangan, termasuk zaman jahiliyahnya.

Gelaran sebagai Pedang Allah yang diberikan oleh Nabi S.A.W kepada beliau, menjadikannya Panglima dan penakluk paling agung dalam Islam. Beliau menyertai lebih 50 peperangan sejak memeluk Islam dan tidak pernah tewas. Beliau bertanggungjawab membuka Iraq melalui Selatan dari Yamamah ke Ubullah, sebelum menguasai al-Hirah, kemudian mara ke Musayyakh. Selepas menguasai Iraq, tentera Khalid al-Walid terus bergerak ke Utara menuju Suwa, kemudian menguasai Arak (di Syria), terus ke Damsyik dan tiba di kota perdagangan, Busra pada 23 Rabiul Awal 13H. Dengan jatuhnya Busra, Khalid al-Walid telah berjaya membuka Iraq dan Syam dalam satu gerakan ketenteraan yang mengambil masa setahun (12-13H).

Antara perang utama yang lain turut disertai oleh beliau ialah Perang Buzakhah (11H), Perang Zat as-Salasil (12H), Perang Walajah (12H), Perang al-Mazar (12H), Perang Ullais (12H), Perang Amghishiyah (12H), Perang al-Maqr (12H), Perang Anbar (12H), Perang Ain at-Tamar (12H), Perang Dumah al-Jandal (12H), Perang az-Zumail ar-Radab (13H), Perang al-Ghassan (13H), Perang Ajnadain (13H), Perang Marj as-Suffar (13H), Perang Fahl Baisan (13H), Penaklukan Damsyik (14H), Penaklukan Balbek (15H), Penaklukan Homs (15H) dan Perang Yarmuk (15H).

Kejayaan-kejayaan besar Khalid al-Walid dalam siri-siri pembukaan wilayah (futuhat) ini telah membimbangkan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau bimbang umat Islam mula bergantung kepada Khalid al-Walid dalam setiap peperangan, tidak lagi bergantung kepada Allah. Lalu pada 13H, Khalid al-Walid dipecat sebagai Panglima Islam dan diganti oleh Abu Ubaidah al-Jarrah. Selepas Perang Yarmuk, khalifah menggantikan tugasnya sebagai tentera atas sebab yang sama. Setelah berehat dari medan perang beberapa tahun, pada 18 Ramadan 21H, Khalid al-Walid telah wafat dalam usia 55 tahun dengan meninggalkan legasi yang besar terhadap perluasan wilayah Islam.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *