Kisah D.B Cooper, perampas kapal terbang yang lari bersama 200,000 USD menggunakan payung terjun

Pada 24 November 1971, seorang lelaki yang bernama Dan Cooper telah pergi ke kaunter tiker Northwest Orient Airlines di Portland Oregon. Beliau telah membeli tiket penerbangan satu hala menggunakan penerbangan Flight 305, untuk terbang ke Seattle, Washington. Dari situ, bermulalah satu sejarah yang tidak dapat dirungkai dan menjadi kes misteri yang tidak dapat dirungkai oleh dunia dan FBI sehingga ke hari ini.

Cooper dikatakan seorang lelaki pendiam, berumur sekitar 40 an, memakai pakaian ahli perniagaan dengan mengenakan tali leher hitam dan baju berwarna putih. Beliau sempat memesan minuman keras jenis Bourbon dan soda sebelum menaiki pesawat perbabit. Tepat pukul 3 petang, beliau menyerahkan sekeping nota yang memberitahu dirinya membawa bom kepada seoarang pramugari dan mengarahkan pramugari terbabit untuk duduk disebelahnya bersama bom yang dibawa di bag tangannya.

Pramugari yang menjadi mangsa itu hanya akur dengan segala arahan yang diberikan oleh Cooper kerana khuatir Cooper akan meledakkan bom tersebut dan mencederakan dirinya serta orang-orang di sekililingnya. Lebih mengeruhkan keadaan, Cooper membuka bag tangan tersebut dan menunjukkan wayar-wayar yang berselirat didalam bag tersebut untuk menakutkan pramugari tersebut. Dia kemudian mengarahkan pramugari itu menulis tuntutannya dan menyerahkan nota tuntutan itu kepada kaptain yang sedang menerbangkan pesawat mereka. Di nota terbabit, Cooper meminta 4 payung terjun dan 200,000 usd didalam not 20.

Apabila pesawat mendarat di Seattle, Cooper bertindak menukarkan 36 penumpang dengan kesemua barang yang diperlukan. Beliau kemudian mengarahkan pesawat untuk terbang kembali dengan membawa beberapa orang krew penerbangan dan juruterbang. Penerbangan ini seterunya dikatakan menghala ke bandar Mexico.

Semasa dalam penerbangan antara Seattle dan Reno menuju ke bandar Mexico, satu kejadian yang diluar kotak pemikiran telah dilakukan oleh Cooper dimana beliau mengambil payung terjun beserta duit tebusan dan terjun melalui pintu belakang kapal terbang tersebut. Sejak dari kejadian itu, tiada siapa yang tahu apa yang terjadi dengan nasib Cooper dan ia kekal menjadi misteri. Kapal terbang yang terbabit dikatakan berjaya mendarat dengan selamat.

Semenjak dari kejadian itu, FBI  telah melakukan penyiasat yang menyeluruh dimana ia digelar sebagai NORJAK (Northwest Hijaking). Dalam siasatan terbabit, ratusan orang dan pelbagai maklumat dicari untuk menjejak Cooper. Tapi sehingga ke hari ini masih lagi tiada sebarang jejak mengenai Cooper dapat dicari.

FBI telah menahan seseorang yang disyaki pada satu ketika dahulu. Richard Floyd McCoy, antara tahanan yang paling terdekat dikatakan mempunyai modus operandi mirio seperti Cooper dimana beliau ditahan 5 bulan selepas kejadian terbabit terjadi ketika cuba melakukan perkara yang sama seperti Cooper. McCoy kemudian dibebaskan selepas tiada bukti yang mencukupi dan beliau tidak memenuhi kriteria seperti yang maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi kejadian Cooper.

Terdapat satu teori dikatan bahawa Cooper tidak terselamat selepas terjun dari kapal terbang terebut. Ini berkemungkinan kerana payung terjun yang diberikan oleh pihak kerajaan mungkin tidak berfungsi, selain dari pakaian dan kasutnya tidak sesuai untuk penerjunan payung terjun dimana beliau telah memilih untuk terjun di kawasan hutan pada waktu malam. Perkara ini juga dikukuhkan lagi dengan penemuan not 20 dihutan pada tahun 1980. Wang yang hampir reput itu ditemui oleh seorang kanak-kanak yang mengembara dihutan tersebut bersama rakan-rakanya. No 20 yang dijumpai itu mempunyai nombor siri yang menyamai dengan wang tebusan yang diserahkan kepada Cooper. Jumlah penuh yang dijumpai didalam hutan terbabit dianggarkan sebanyak 5,800 usd.

Sehingga sekarang tiada siapa mampu merungkai siapakah D.B Cooper.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

Leave a Comment