Sat. May 14th, 2022

Babil atau dikenali sebagai Babylon yang hebat dengan empayar kekuasaannya dan terbukti yang menjadikan mereka hebat adalah dengan bantuan syaitan apabila mereka menggunakan sihir dalam kehidupan meraka.

Orang Yahudi di kalangan ahli kitab yang menafikan rasul-rasul dan mengikut apa yang diajarkan oleh syaitan ketika pemerintahan Nabi Sulaiman AS dengan mengamalkan sihir yang ternyata ajaran syaitan. Mereka menyeru kepada manusia untuk mengikuti ajaran mereka dengan menggunakan sihir dan menyatakan ianya daripada ajaran Nabi Sulaiman AS.

Kaum Babil telah memfitnah Malaikat Harut dan Marut dengan menyatakan mereka hadir ke muka bumi dengan melakukan kerosakan dengan hawa nafsu mereka dan melakukan perkara yang tidak baik terhadap wanita serta akhirnya dihukum sehingga ke hari kiamat. Sedangkan kedatangan malaikat ini hadir pada ketika itu untuk menyatakan kepada kaum Babil perbezaan antara mukjizat para nabi dan sihir yang mereka lakukan.

Malaikat ini telah membuktikan kepada kaum Babil bahawa apa yang mereka amalkan selama ini yang meraka dakwa ianya daripada Nabi Sulaiman AS adalah sihir daripada syaitan dan bukannya ajaran Nabi Sulaiman AS. Malaikat Harut dan Marut juga hadir menjelaskan kepada masyarakat Babil bahawa ajaran agama Islam tidak memerlukan sihir untuk mengajak orang ramai memeluk Islam seperti yang mereka amalkan dalam menyeru masyarakat kepada agama.

Malaikat ini telah menunjukkan sihir kepada mereka secara terperinci dan ingin menyatakan bahawa apa yang mereka amalkan selama ini ternyata dusta sama sekali. Namun malang bagi penduduk Babil, mereka tidak dapat melihat sihir yang ditunjukkan oleh Malaikat Harut dan Marut itu sebagai batil, bahkan mereka telah menggunakan sihir itu untuk memisahkan antara suami dan isteri dan meruntuhkan rumah tangga. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menerangkan mudarat sihir tidak akan boleh terjadi hanya dengan kuasa Allah SWT. Allah SWT mentakdirkan seseorang terkena mudarat asbab kerana sihir namun hakikatnya Allah SWT yang menimpakan mudarat itu kepada mereka.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex : https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *