Wed. May 18th, 2022

Tajul muluk atau ilmu tajul merujuk kepada suatu sistem geomansi yang pernah diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu di kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia zaman dahulu. Nama ilmu ini datangnya daripada suatu buku yang dituliskan untuk kaum kerabat kesultanan Aceh iaitu Taj-al-Mulk. Ia turut mendapat nama sebagai ilmu tajul muluk atau ilmu tajul sahaja.

Sejarah berkaitan asal-usul ilmu ini tidak pernah dicatakan namun ia diperhatikan mempunyai unsur-unsur budaya India boleh difahamkan sebagai hasil pengaruh Hindu-Buddha semasa agama-agama itu tersebar luas dan dipegang kuat dalam kerajaan-kerajaan Asia Tenggara pada zaman dahulu. Ada yang percaya ia dipengaruhi vastu sastra atau feng shui yang pernah diamalkan secara tradisi di Semenanjung Melayu.

Kitab ini tersebar ke Malaysia dan menjadi popular dikalangan masyarakat Melayu sehingga ramai orang barat menyangka kitab ini berasal dari negara kita dan ada yang menggelarkannya sebagai (Malay Magic Book). Imu Tajul sering digunakan untuk sistem geomansi Melayu, yang terdiri daripada prinsip-prinsip metafizik dan geomantik. Hal ini dipertimbangkan ketika menyusun atau merekabentuk sebuah bangunan untuk mempertingkatkan dan menjaga kesejahteraan. Ia secara tradisinya diamalkan oleh dukun atau bomoh dan arkitek dari Malaysia dan Indonesia.

Menurut seorang penulis British, Walter William Skeat dalam bukunya “Malay Magic” yang diterbitkan pada tahun 1900, upacara tajul muluk adalah upacara kebiasaan masyarakat Melayu

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex : https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *