Kitaran Wabak di Dunia Ini Setiap 100 Tahun?

Post 33: 1720 Great Plague of Marseille, 1820 Wabak Taun, 1920 Spanish Flu, 2020 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Adakah ianya hanya satu kebetulan atau satu rantaian wabak yang dirancang? Perkongsian ini hanyalah berdasarkan sepertimana yang dikongsi melalui media sosial pada hari ini. Ianya hanya sekadar  informasi untuk renungan dan difikirkan bersama. Tanpa membuang masa, jom  kita lihat susur perjalanan sejarah wabak yang pernah berlaku secara besar-besaran di dunia ini.

1720, Great Plague of Marseille

Pada tahun 1720, telah berlaku wabak Bubonic atau ianya juga dikenali sebagai Great Plague of Marseille. Wabak ini berlaku hampir keseluruhan Eropah dan pada tahun 1720, ia menyebabkan kematian hampir 100 000 nyawa di Marseille, Perancis. Pada tahun 1720, bakteria yang dinamakan Yersinia pestis (sejenis bakteria gram negative, tidak boleh bergerak) telah terebar di pelabuhan Marseille melalui sebuah kapal Grand-Saint-Antoine. Kapal tersebut telah berlabuh dari Lubnan (atau dikenali sebagai Smyrna, Tripoli). Didalam kapal tersebut terdapat seorang penumpang dari Turki yang telah dijangkiti penyakit tersebut dan kemudian mati. Terdapat beberapa anak kapal yang turut dijangkiti dengan penyakit yang sama dan kemudian menerima nasib yang sama. Kapal tersebut tidak dibenarkan untuk memasuki pelabuhan Livorno. Setibanya kapal tersebut di Marseille, mereka telah dikuarintinkan oleh pihak berkuasa. Pada waktu itu Marseille merupakan kuasa monopoli yang memegang perdangangan antara Perancis dan Mediterranean Timur (levant).

Selepas beberapa hari wabak itu tersebar, hospital mula dipenuhi dengan pesakit yang dijangkiti dan penduduk mula panik dan meninggalkan bandar tersebut. Kubur besar-besaran mula digali bagi menanam mayat-mayat mangsa yang dijangkiti. Tetapi ia tidak dapat menampung jumlah kematian yang meningkat secara mendadak hingga terdapat mayat-mayat yang dibiarkan disekitar bandar tersebeut. Pada masa itu, mereka terpaksa menggubal undang-undang dimana mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada penduduk Marseille yang berkomunikasi dengan dunia luar melalui akta (Palement of Aix) bagi mengelakkan jangkitan ini tersebar. Dinding batu dibina setinggi 2 meter dan setebal 70 centimetre berama pengawal yang menjaga di kawasan tersebut bagi mengelakkan penduduk setempat lari keluar.  Punca wabak tersebut terus tersebar hingga menyebabkan kematian sehingga mencecah angka 100,000 melalui penyebaran daripada lalat dan tikus.

1820, Wabak Taun

Pada tahun 1917-1824, wabak taun telah berlaku dimana ia juga dikenali sebagai Asiatic Cholera Pandemic yang pertama atau Asiatic Cholera. Ianya bermula di bandar Calcutta dan tersebar luar sehingga ke Asia, Timur tengah, Afrika dan Perairan Mediterranean. Untuk pengetahuan semua, wabak taun telah berlaku berulang kali di India, tetapi pada tahun itu, wabak ini telah tersebar hingga hampir  ke satu dunia dan membunuh ratusan ribu manusia yang dijangkiti termasuk askar British. Perkara ini terus menarik perhatian Eropah mengenai masalah ini. Taun merupakan wabak yang berpunca dari bakteria yang dinamakan Vibrio Cholera (boleh bergerak dengan laju kerana mempunyai ekor (flagella), gram negative) .

1920, Spanish Flu 

Pada tahun 1920, telah berlaku wabak yang dikenali sebagai Spanish Flu, dimana ia menjangkiti hampir 500 million penduduk di dunia ini. Ianya merupakan wabak pertama yang melibatkan virus influenza H1N1. Penyakit ini dikatakan berpunca daripada kebanjiran askar dan hospital di kem di Etaples, Perancis setelah kajian dijalankan oleh British. Pada tahun 1999 penemuan ini telah disiarkan oleh British, yang diketuai oleh pakar virus (virologi) yang bernama John Oxford. Kepadatan hospital dan kem memberi peluang untuk penyakit berjangkit tersebar. Hospital tersebut telah menempatkan ribuan pesakit dan mangsa serangan bahan kimia dan peperangan dimana hampir 100,000 askar di transitkan ke kem tersebut setiap hari. Dikawasan tersebut juga, terdapat penterenakan babi dan ayam bagi memberi sumber makanan kepada penduduk setempat. Oxford dan pasukannya mengakatan bahawa virus tersebut tersebar melalui unggas yang berada di kawasan berdekatan, bermutasi dan berpindah ke penternakan babi berdekatan sebelum tersebarnya kepada manusia.

2020, Coronavirus 

 

Pada tahun 2020, wabak Coronavirus telah tersebar di Wuhan China hingga ke seluruh dunia dimana ia menjangkiti hampir 2470 mangsa dan membunuh 80 orang penduduk setempat. Untuk pengetahuan semua, Coronavirus ini merupakan spesies terbaru yang dinamakan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV)  (novel bermaksud virus yang tidak pernah dijumpai dan tidak dikenali). 

Kitaran 100 tahun wabak yang besar berlaku didunia ini adalah sekadar teori berdasarkan fakta sejarah wabak-wabak yang berlaku. Ia juga boleh mengingatkan manusia bahawa sejarah yang dilupakan boleh berulang kembali. Sebagai manusia yang beragama, haruslah kita ingat bahawa setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh tuhan, dan kita sebagai manusia haruslah berusaha untuk mengelakkan daripada ianya berulang dan lebih teruk. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai kitaran wabak yang berlaku di dunia ini setiap 100 tahun.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

 

Leave a Comment