Wed. May 18th, 2022

Beberapa kontraversi imunisasi yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan pemberian vaksin. Antaranya ada yang mengaitkan vaksin Campak, Beguk dan Rubella, Measles, Mumps,Rubella-MMR) dengan kejadian Autisma. Kenyataan Wakefield dalam beberapa jurnal terkenal telah mengubah persepsi masyarakat secara mendadak. Namun satu kajian besar-besaran telah dijalanjan antara tahun 1999 hingga 2007. Kajian ini mendapati bahawa teori Wakefield adalah tidak benar.Bukti saintifik tidak dapat mengaitkan kejadian Autisma dengan pemberian vaksin keatas bayi.Teori Wakefield juga telah disangkalkan oleh penyelidik DE Stefano F, dimana beliau telah membuktikan bahawa tiada kajian kukuh yang mengaitkan vaksin ini dengan autism. Terang Dr. Shih Gang, wujudnya golongan anti-vaksin ini disebabkan satu kajian yang diterbitkan dalam Journal Lancet dalam tahun 1998, yang mengatakan vaksin menyebabkan autisma kepada kanak-kanak namun kajian tersebut telah ditarik balik oleh jurnal tersebut kerana bersifat berat sebelah dan tidak berwibawa.

Sesetengah ahli agama berhujah dengan mengharamkan pemberian vaksin ini kepada anak-anak mereka. Alasan utama yang dikemukakan adalah kaedah pembuatan vaksin bersumberkan bahan yang haram. Ramai juga yang menolak vaksin ini kerana tidak mahu bendasing memasuki tubuh suci mereka. Kebanyakan mereka pasrah dengan sistem pertahanan semulajadi. Malah ramai diantara mereka berpandangan Malah ramai di antara mereka berpandangan ubat-ubat herba tertentu boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Ianya dikukuhkan dengan beberapa testimoni syarikat-syarikat jualan herba tertentu yang menentang vaksin ini.

Di Malaysia, terdapat ramai ibubapa muda yang terdiri dari jumlah penolakan vaksin dalam masyarakat semakin bertambah. Kerajaan menjalankan pelbagai diskusi, forum, laman web dan seumpamanya untuk menyedarkan ibubapa tentang kepentingan imunisasi. Ini adalah salah satu cara kerajaan jalankan untuk pembangunan komuniti di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada dikalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.

Para fugaha dan pengkaji muslim sentiasa membahaskan isu-isu yang berkaitanketulinan vaksin. Sehingga Tarikh ini, tiada satu pun vaksin yang digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Abdullah,.S .2014) diragui proses pembuatannya bercampur dengan babi.Malah pengharusannya telah diwartakan oleh JAKIM melalui laman web mereka. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia menganduni bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibody untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak merbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri.

Dari aspek pandangam syarak pula, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah Usul Figh. Buku Mausu’ah Huqua al-Insan fi al-Islam, yang ditulis oleh Al-‘ Aili Abdul Hakim, menyifatkan kesihatan idividu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya. Islam memang pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram”.

Dalam masa yang sama kita dikehendaki berikhtiar mendapatkan ubat yang telah terbukti kemujarabannya melalui kajian ilmiah. Mengggabungkan kaedah perubatan melalui doa yang Rasullulah ajar dan ubatan adalah kaedah terbaik bagi seorang insan. Vaksinasi merupakan salah satu usaha pencegahan kepada penyakit-penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin. Pengambilan vaksin merupakan sesuatu yang sangat ditekankan, terutamanya kepada golongan kanak-kanak memandangkan tahap imuniti badan mereka masih dalam proses pembinaan dan perlu diperkuatkan. Tambahan pula, pemberian suntikan vaksin kepada mereka sangat bergantung kepada kerjasama ibu bapa dalam menyokong Program Imunisasi Kebangsaan.

Isu penolakan vaksin dalam kalangan ibu bapa sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan kerana secara tidak langsung perkara tersebut telah menyebabkan jumlah kes beberapa penyakit cegahan vaksin di Malaysia semakin meningkat. Fenomena ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka diklinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahayakan kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut. Ini merupakan satu cabaran kepada kita semua sebagai masyarakat atau komuniti perlu memberi perhatian kepada masalah tersebut kerana masalah ini melibatkan bukan sahaja seorang nyawa pesakit, malah satu komuniti atau populasi.

Sumber UKM – e-journal system

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex : https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *