Sat. Sep 24th, 2022

Atlantis merupakan kota yang dianggap kota rekaan (imaginasi) yang ditulis oleh penulis terkenal Plato. Plato menceritakan didalam penulisannya bahawa kota ini merupakan kota yang kuat pada zaman Athen Kuno. Penulisan ini ditulis didalam bukunya The Republic dimana orang Athen telah diserang di kawasan Atlantic. Serangan itu tidak sepertimana negara-negara musuhnya yang lain kerana ia menunjukkan musuh yang menyerang ketika itu mempunya teknologi yang lebih canggih berbanding tentera Athen.

Hingga ke hari ini, kewujudan kota ini masih lagi tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pengkaji. Tetapi terdapat pelbagai hipotesis yang menarik mengenai kebarangkalian bahawa kota ini wujud.

1. Atlantis adalah sebahagian dari benua Atlantic yang tenggelam hingga ke dasar laut

Mengikut idea yang dikongsikan Plato mengenai Atlantis, ianya bukanlah lagenda. Pada tahun 1882, melalui buku Atlantis, the Antediluvian World, penulisnya Ignatius Donelly mengatakan bahawa teknologi kuno pada waktu tidak mampu mencipta teknologi seperti kota Atlantis. Beliau beranggapan bahawa Kota Atlantis tenggelam beberapa kaki didalam laut Atlantik.

Kedudukannya berada di kawasan luar tiang Hercules “Pillar of Hercules”. Mengikut perhitungan teknologi moden, kedudukan Kota Atlantis terus bergerak dari masa ke masa akibat pergerakkan lantai bumi di bawah laut.

2. Atlantis tenggelam di dasar segitiga bermuda

Mengikut Donelly, terdapat pelbagai surat dan teori di hantar kepadanya mengenai Atlantis. Salah satu surat yang ditulis oleh Charles Berlits, pada tahun 1970, Kota Atlantis benar-benar wujud dan terletak di benua yang tenggelam di kawasan segi tiga bermuda di kawasan Bahamas. Kawasan segitiga bermuda merupakan kawasan yang telah banyak meneggelamkan kapal dan pelbagai benda di sekelilingnya. Perkara ini masih lagi kekal misteri bagaimana segitiga bermuda boleh melakukan perkara tersebut.

3. Kota Atlantis adalah Antartika

Mengikut teori lain, Kota Atlantis adalah kota yang ditukar nama kepada Antartika. Pada tahun 1958, penulis buku Earth’s Shifting Crust yang ditulis oleh Charles Hapgood menjelaskan, pada 12,000 tahun yang lepas, pergerakkan kerak bumi telah menyatukan benua Antartika dengan kawasan sekelilinya. Pergerakkan bumi yang drastik menyebabkan kota itu musnah ditelan bumi. Ia berkemungkinan bahawa kota itu terbenam di dasar kawasan air batu.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *