Fri. May 20th, 2022

Selepas berdekad FBI merahsiakan kes kematian Kurt Cobain. Akhirnya, mereka mengeluarkan kenyataan yang membuat kita semua berfikir.

Setiap tahun, FBI akan mendedah pelbagai kes berprofil tinggi kepada orang awam yang disimpan didalam arkib mereka. Dokumen yang didedahkan meliputi pelbagai pihak termasuk ahli politik, penghibur dan nama-nama penjenayah dibawah seliaan mereka. Antara dokumen yang didedahkan kepada orang awam termasuk Kurt Cobain selepas pendedahan maklumat ketua mafia Vito Genovese.

Terdapat 10 mukasurat dokumen yang dikeluarkan oleh FBI didalam arkibnya mengenai kes yang berkaitan kematian Kurt Cobain. Ini termasuk dua pucuk surat yang dihantar kepada biro terbabit untuk menyiasat kembali kematian Cobain pada tahun 1994 yang dianggap tragedi pembunuhan dan bukan kes bunuh diri. Ribuan peminat Kurt Cobain menuntut untuk mendapat kebenaran kerana mereka mendapati laporan mengenai kematian Kurt Cobain tidak selari dan menyuruh pihak berkuasa menjelaskan kebenaran kes terbabit.

Surat kedua yang ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bertarikh 2007, yang ditulis menggunakan tangan menceritakan polis yang terlibat didalam kes ini tidak pernah cuba menyelesaikan misteri yang ada didalam tragedi ini sejak awal. Ini kerana tiada kesan cap jari Kurt pada pistol yang digunakan untuk membunuh diri. Malah penulis tersebut mengucapkan kegusarannya kerana sekiranya ini kes pembunuhan, pembunuh yang terbabit masih lagi bebas di luar sana. Selain itu, nota kematian Kurt juga telah diolah untuk menampakkan ini adalah kes bunuh diri. Pada nota kematian tersebut menunjukkan bahawa Kurt tidak berminat untuk membunuh diri kecuali terdapat beberapa ayat yang ditambah oleh pembunuh tersebut untuk menampakkan ianya nota bunuh diri.

FBI juga telah memberi respon mereka terhadap kedua-dua surat tersebut dengan mengatakan bahawa ianya bukanlah bidang kuasa mereka sekiranya tiada maklumat, fakta dan bukti yang kukuh bagi mengatakan ini tragedi pembunuhan. Kerana pembuktian tidak dapat digunakan kalau ianya hanya datang dari andaian melalui surat ini. Kes ini juga tidak akan disiasat dan menjadi kesalahan kepada mereka sekiranya meneruskan penyiasatan mengenai kes yang ditutup tanpa bukti yang kukuh.

Sehingga ke hari ini, kematian selebriti ini masih menjadi misteri kepada peminatnya.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *