Sat. Sep 24th, 2022

Giuseppe Esposito adalah orang antara orang pertama yang menyertai Mafia Sicilian berhijrah ke Amerika. Beliau dan 6 sahabatnya telah melarikan diri ke New York setelah membunuh canselor, naik canselor bandar Sicilian dan 11 pemilik tanah yang kaya pada waktu itu. Pada tahun 1881, beliau di tahan di New Orleans dan dihantar balik ke Italy.

New Orlean merupakan salah satu tempat utama yang aktif terjadinya kegiatan Mafia di Amerika Syarikat. Pada 15 Oktober 1890, pihak polis New Orleans, David Hennessey telah dibunuh secara kejam. Ratusan pengikut gang Sicillians telah ditahan dan 19 orang daripada mereka telah disabitkan dengan pembunuhan tersebut. Bagi memastikan ahli gang tersebut bebas, khabar angin mengatakan mereka telah menghabiskan ribuan dolar bagi merasuah saksi serta menakut-nakutkan saksi. Khabas angin yang tersebar luas itu menyebabkan penduduk tempatan marah dan melakukan rusuhan dimana didalam peristiwa tersebut 11 orang terkorban dari 19 ahli gang Sicillians. Dua daripada mereka digantung, sembilan lagi ditembak dan lapan orang daripada mereka berjaya membebaskan diri.

Evolusi mafia Amerika telah berlaku dengan sangat cepat dimana pelbagai gang yang muncul untuk menguasai dunia mafia. Ia silih berganti, sebagai contoh Black Hand pada ahun 1900, Five Points Gang pada tahun 1910 di New York, Sindiket Al Capone di Chicago pada tahun 1920. Pada tahun 1951, Senat Amerika Syarikat kemudian mengarahkan kertas siasatan di buka untuk Gang La Cosa Nostra. 6 tahun kemudian, polis New York telah mendapat peluang untuk mengatur satu perbincangan dengan Gang La Cosa Nostra, akan tetapi perbincangan tersebut bertukar dngan penahanan di mana semua ahli gang di tahan. Perkara tersebut telah mengarahkan kepada lebih banyak siri-siri jenayah atas sebab ketidakpuasan hati terhadap tindakkan tersebut.

Semasa pengakhiran gang 20s, gabungan antara mafia Italy di New York telah dilakukan. 20s diketuai Josep Masseria telah mengaturkan serangan yang dinamakan “Castellammarese War” pada tahun 1928 dimana cubaan untuk menaikkan kembali gangnya di  Amerika. Peperangan itu berakhir pada tahun 1931 apabila Maranzano telah  menggunakan pengkhinat yang merupakan askar tertinggi Masseria untuk membunuh Masseria. Masseria telah dibunuh oleh Charles “Lucky” Luciano. Maranzano kemudian mengetuai  mafia di kawasan New York dan menggelar dirinya sebagai “Boss of Bossess”.

Maranzano merupakan ketua pertama bagi “La Cosa Nostra”. Beliau telah menetapkan pelbagai kod, pangkat dan keluarga di dalam gang tersebut. 2 keluarga terkuat didalam gang La Cosa Nostra sehingga ke hari ini ada Genovese dan Keluarga Gambino. Maranzano telah mengangkat Luciano sebagai ketua utama untuk menggantinya. Akan tetapi segala penghargaan atas pangkat itu dibalas dengan Luciano menghantar lima orang yang menyamar sebagai polis untuk membunuh Maranzano di pejabatnya.

Pada 1986, Cafaro bersetuju untuk bersepakat dengan FBI untuk menjatukan keluarga Genovese dengan memberi keterangan kepada pihak kerajaan.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *