Tue. Sep 20th, 2022

Lapulapu atau nama awal yang direkodkan didalam sejarah adalah Cilapulapu. Beliau merupakan seorang ketua bagi kaum Mactan di Visayas. Dia dikenali sebagai pahlawan hebat yang terlibat dalam peperangan Mactan pada 27 April 1521 dimana dia dan pahlawannya yang lain telah mengalahkan askar-askar Portugis yang diketuai oleh Ferdinand Magellan dan pengkhianat tempatan yang bernama Rajah Humabon dan Datu Zula. Kematian Magellan merupakan satu kemenangan besar dan telah menghentikan penjajahan Sepanyol di kepulauan itu selama 40 tahun. Akan tetapi penjajahan diteruskan semula oleh Sepanyol apabila Miguel Lopes de Legazpi telah menyerang mereka pada tahun 1564. Legazpi telah menyambung kembali kerakusan Magellan hingga menyebabkan Filipina hidup dibawah penjajahan selama 333 tahun.

Hari ini, rakyat Filipina melihat puak yang menentang penjajahan Sepanyol merupakan pahlawan negara. Monumen Lapulapu telah dibina di seluruh kawasan Filipina bagi mengabdikan ingatan dan jasa pahlawan mereka menentang penjajah. Pasukan polis dan pencegah kebakaran juga menggunakan wajahnya pada cop rasmi mereka bagi menghormati dan mengingati jasanya,

Sehingga hari ini, ahli sejarah masih lagi mengkaji mengenai nama sebenar, agama dan kehidupan Lapulapu. Ini kerana tiada maklumat sejarah yang tepat pernah dicatat mengenai beliau. Mengikut warga setempat, Lapulapu merupakan orang asal Opong. Bapanyanya bernama Mangal merupakan ketua kepada penduduk disana. Mangal pada akhir usianya telah menyerahkan kuasanya kepada Lapulapu untuk mengetuai penduduk disana.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *