Lebih 7,000 kematian direkodkan di seluruh dunia akibat COVID-19

Post 268: Lebih 7,000 kematian direkodkan di seluruh dunia akibat COVID-19

Menurut statistik Johns Hopkins University, angka kematian di empat negara saja masing-masing mencatatkan purata 20,000 mangsa. Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara mencatatkan bilangan tertinggi kematian iaitu seramai 46,000 orang iaitu pertambahan 2,600 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia diikuti Itali dengan peningkatan 485 kematian dengan jumlah kumulatif lebih daripada 25,000 kematian. Sepanyol menjadi negara ketiga paling terjejas akibat pandemik itu dengan mencatatkan pertambahan lebih 500 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 21,700 kematian.

Perancis pula mencatatkan peningkatan 640 kematian dengan angka terkininya seramai 21,300 orang maut. Sementara itu, United Kingdom (UK) mencatatkan pertambahan 800 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut seramai 18,000 orang. Ia diikuti Itali dengan peningkatan 485 kematian dengan jumlah kumulatif lebih daripada 25,000 kematian.

Lebih 7,000 kematian direkodkan di seluruh dunia akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 183,000 orang terkorban. Bagaimanapun, kebanyakan negara Eropah itu mencatatkan penurunan jumlah kematian dari hari ke hari.

Sumber: Berita Harian dan AFP 23 April 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

 

 

 

 

Leave a Comment