Mon. Sep 19th, 2022

Lingkaran Api Pasifik atau ia juga dikenali sebagai Ring of Fire, merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik. Kawasan ini berbentuk seperti ladam kuda dan merangkumi wilayah sepanjang 40,000 km. Kawasan ini juga sering disebut sebagai plat gempa Pasifik.

Lingkaran berbentuk ladam kuda ini bermula dari New Zealand, kepulauan Indonesia, Jepun, Alaska, Mexico sehingga ke Chile dengan kepanjangan 40,000 kilometer. Lingkaran ini sentiasa berlaku aktiviti bumi yang berterusan seperti pergerakan benua dan kelahiran gunung berapi. Ia terdiri daripada 452 buah gunung berapi di mana hanya 75% dalam status aktif.

Lingkaran ini wujud kerana suatu fenomena yang dipanggil sebagai pergerakan Tectonic Plate, iaitu pergerakan dan pelanggaran kepingan kerak bumi yang telah lama bermula dari 3.5 billion tahun lalu. Dalam memahami aktiviti pergerakan kerak bumi, ada 3 jenis pergerakan dan salah satunya bernama Convergent Boundaries.

Convergent Boundaries adalah sejenis pergerakan atau pelanggaran kedua-dua kerak bumi secara berdepan. Convergent Boundaries sentiasa berlaku terutamanya di kawasan langgaran kerak lautan dan kerak benua (ocean -continent) di mana apabila pelanggaran itu berlaku, kerak lautan yang tanahnya lebih tumpas akan terbenam di bawah kerak benua.

Kemudian benaman kerak itu menghasilkan geseran bersama kerak yang menjadikan gempa bumi berlaku. Kekuatan gempa bergantung kepada ceteknya lokasi geseran tersebut. Semakin cetek geseran, semakin kuat gegaran.

Thenang My

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *