Los Pepes

Post  310: Mangsa kekejaman Pablo Escobar

Los Pepes, atau di dalam bahasa Sepanyol “Perseguidos por Pablo Escobar” (mangsa kekejaman Pablo Escobar), adalah sekumpulan puak penentang yang dianggap musuh oleh Pablo Escobar. Kewujudan mereka dikatakan seawal tahun 1990 di mana peperangan berskala kecil telah mula berlaku diantara mereka dan Kartel Medellin. Peperangan diantara dua pihak ini dikatakan terhenti pada tahun 1993 selepas kematian Pablo Escobar.

Kewujudan Los Pepes telah dicatatkan oleh CIA di mana pada tahun 2008, CIA telah menyiarkan kepada masyarakat awam mengenai dokumen berkaitan pemburuan Pablo Escobar. Mengikut dokumen yang disiarkan, General Miguel Antonio Gomez Padilla telah mengarahkan pengarah penyiasatannya untuk terus mendapatkan maklumat serta berhubung dengan ketua Los Pepes iaitu Fidel Castano bagi mendapatkan maklumat mengenai Pablo Escobar dalam komplot kerajaan Colombia bagi menjatuhkan kekuasaan Kartel Medellin.

Objektif utama Los Pepes ditubuhkan untuk menjalankan assasinasi terhadap Pablo Escobar. Mereka dikatakan akan bertindak balas sebagaimana Kartel Medellin beroperasi, dimana setiap musuh, pengawal, akauntan, peguam dan mereka yang berhubung secara lansung atau tidak dengan Pablo Escobar akan dibunuh bagi melumpuhkan Kartel tersebut. Los Pepes telah memusnahkan beberapa kediaman yang dimiliki oleh Escobar termasuk Hacienda.

Selepas kematian Escobar pada tahun 1993,  beberapa ketua Los Pepes telah menyertai kesatuan askar Kolombia dan terlibat didalam Revolusi Askar Kolombia dalam menentang guerrilla yang berfahaman Marxis. Kewujudan Los Pepes dikatakan menjadi sumber kekuatan kepada Askar Kolombia. Pada tahun 1994, pengasas Los Pepes, Castano Brothers (Carlos 1965-2004, Vicente dan Fidel) dikatakan hilang tanpa dapat dikesan. Antara ahli lain Los Pepes, Diego Murillo Bejarano atau “Don Berna” dikatakan menjadi Inspector General kepada Askar Kolombia bagi membanteras penyeludupan dadah di negara tersebut.

Hubungan antara Los Pepes bersama CIA dan DEA masih lagi menjadi bualan hangat pada suatu ketika. Perkara ini juga menjadi semakin meruncing apabila Insititut Pengajian Polisi telah membawa perkara ini ke makhamah di atas tuntutan Akta Kebebasan Maklumat agar CIA menjelaskan hubungan sebenar diantara CIA dan Los Pepes. Perkara ini berakhir dimana ribuan dokumen mengenai operasi ini telah disiarkan kepada orang ramai oleh Department of State, Drug Enforcement Administration, Defense Intelligence Agency dan the U.S Coast Guard melalui satu laman sesawang khas yang dinamakan sebagai Pepes Project.

Penulis: Thenang.co

 

Leave a Comment