Mon. Sep 19th, 2022

Luo Yi atau Li Yi merupakan seorang pahlawan di zaman Dinasti Tang. Beliau juga dikenali sebagai Ziyan atau Ziting semasa pemerintahan Dinasti Sui. Dia merupakan tentera yang menetang pemerintahan Maharaja Yang dari Dinasti Sui dan menakluk kawasan Beijing. Dia menjadi orang penting dalam pemerintahan Maharaja Gaozu pada Dinasti Tang dan dijadikan sebagai putera dan dihadiahkan nama keluarga Li. Dia seringkali menjadi mangsa ketidakpuasan hati anak Maharja Gaozu sendiri, Li Jiancheng dan Li Shimin. Selepas Li Shimin membunuh Li Jiancheng pada tahun 626 dan memaksa Maharja Gaozu menyerahkan tahkta kepadanya, Li Yi terpaksa bersembunyi untuk mengelak menjadi mangsa kerakusan Li Shimin. Pada tahun 627, dia mengetuai pemberontakkan untuk menjatuhkan Maharaja Taizong.

Pada pengakhiran hayatnya beliau telah dibunuh dan dipancung ketika cuba melarikan diri ke timur Tujue. Semasa dalam perjalanan, beliau singgah di Wushi. Ketika disana beliau telah diserang dan dipancung kepalanya untuk dibawa balik ke Chang’an atas arahan Maharaja Taizong. Kepalanya kemudian diikat dan digantung dibandar dengan dilekatkan papan tanda bertulisan Luo di belakangnya. Isterinya, Puteri Meng, Li Wujie dan abangnya Luo Shou juga di hukum bunuh selepas kematiannya.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *