Sun. Sep 18th, 2022

Post 31: Segala minuman yang mengandungi Ethanol hasil dari fermentasi boleh memabukkan. Antara budaya, agama dan masyarakat

Untuk tajuk hari ini, kita ingin melihat pandangan dari sudut pandangan agama yang ada di Malaysia mengenai minuman keras. Dua tiga hari ini, media massa sering memaparkan kerakusan pemandu mabuk membunuh pemandu lain di sekelilingya. Perkara ini bukan perkara kecil untuk dibiarkan. Tindakkan undang-undang seumpama lebih memihak kepada pemabuk menyebabkan mereka tidak takut untuk melakukakn perkara tersebut. Sifat proaktif kerajaan terhadap perokok, baby car seat, tinted sangat bagus dan pantas, moga-moga untuk pemabuk juga kerajaan lebih memandang seriuslah. Melainkan negara ini dipacu oleh pemabuk juga. Jadi make sense lah kenapa ianya masih berleluasa

4 pandangan agama yang ramai penganutnya di Malaysia terhadap minuman keras:

  • Islam

Kedudukan Arak dalam Syariat Islam

Dalam Fiqh al-Manhaji (3/75-81), para penulis menjelaskan kedudukan arak dalam Islam.

Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak (خمر), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

Arahan supaya menjauhi arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya. Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum dan sebagainya.

  • Christian 

Beberapa ayat suci menggalakkan manusia supaya jangan minum arak (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Ulangan 14:26; 29:6; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15). Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak sepenuhnya menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengandungi alkohol. Kristian diarah supaya jangan menjadi mabuk (Efesus 5:18). Kitab Injil menyalahkan perbuatan mabuk dan kesan buruknya (Amsal 23:29-35). Kristian juga diarahkan supaya tidak membenarkan badan mereka dikawal oleh sesuatu yang bukan daripada Tuhan (1 Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19). Kitab juga menghalang seorang Kristian melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan Kristian yang lain atau menyebabkan mereka berdosa (1 Korintus 8:9-13). Mengikut prinsip-prinsip ini, maka adalah susah untuk menyatakan bahawa Kristian minum arak untuk memuliakan nama Tuhan (1 Korintus 10:31).

  • Buddha

Di dalam Pancasila (lima sila) ajaran Buddha, sila terakhir menyatakan perlu menghindari minuman yang memabukkan. Sebutan di dalam bahasa Pali. “Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami” yang bermaksud menahan diri daripada meminum minuman memabukkan. Dan dari ayat ini terdapat banyak pandangan dari kalangan ilmuan Buddha dalam menghurai larangan ini. Malah ilmuan Buddhis sendiri seperti Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts menyatakan sekiranya seseorang itu mengambil sedikit sahaja minuman keras tetap juga dilarang.

  • Hindhu

Di dalam Hindu dibezakan diantara minuman Soma dan juga Sura. Soma ialah minuman yang digunakan untuk ritual keagamaan (zaman Vedik) dan dikatakan ia sejenis minuman memabukkan yang banyak kali disebut di dalam Veda (Rig Veda:1:116:7, 8:2:12, 10:131:4-5) tetapi resepi air ini sudah pupus dan tidak dapat dibuat sekarang. Ada yang mengatakan ia dibuat dari susu dan ada dikatakan ia dibuat dari sebuah pohon yang menjalar di gunung.

Manakala Sura pula adalah minuman beralkohol sepertimana arak-arak yang sedia ada pada hari ini.[6] Menurut Madhavi Bhaskar Kokhatkar di dalam jurnalnya Review: Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice mengatakan minuman Sura atau arak ini dilarang di dalam agama Hindu. Walaupun Veda membenarkan meminum Soma, pada masa yang sama ia juga melarang meminum minuman yang beralkohol (Sura):

“Minda yang lemah orang yang mengambil daging, minuman keras, dadu di papan judi, lelaki yang ghairah (ni-han) pada seorang perempuan- begitu juga biarkan pikiranmu, wahai yang tak terhindar (aghnya) kuatkanlah anakmu.” (Athravaveda: 6: 70: 1).

Kesimpulannya, setiap agama mahukan yang terbaik untuk penganutnya. Tiada satu pun dari agama ini menyokong untuk penganutnya menjadi seorang pemabuk dan memusnahkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai pandangan agama-agama yang terdapat di Malaysia mengenai minuman keras.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *