Wed. Nov 30th, 2022

Mereka itu makhluk halus, yang dijadikan oleh Allah SWT daripada cahaya. Mereka bukan lelaki, bukan perempuan dan bukan khunsa. Mereka hanya menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka dan tidak mempunyai nafsu seperti manusia.

Malaikat-malaikat yang termaktub di dalam Al-Quran dan yang wajib kita percaya ialah 10:

  • Malaikat Jibrail – Tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah dan ia adalah penghulu segala Malaikat.
  • Malaikat Mikail – Tugasnya ialah membawa rezeki dan menurunkan hujan.
  • Malaikat Israfil – Tugasnya ialah menjaga Loh Mahfuz dan meniup sangka kala
  • Malaikat Izrail – Tugasnya ialah mencabut nyawa
  • Malaikat Ridhuan – Tugasnya ialah menjaga syurga
  • Malaikat Malik – Tugasnya ialah menjaga neraka
  • Malaikat Raqib – Tugasnya ialah mencatat amal kebajikan manusia
  • Malaikat Atid – Tugasnya ialah mencatat amal kejahatan manusia
  • Malaikat Mungkar – Tugasnya ialah menyoal manusia di dalam kubur
  • Malaikat Nakir – Tugasnya ialah menyoal manusia di alam kubur

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.