Sat. Sep 17th, 2022

Post 42: Adakah kebenaran akan diberikan kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan Cik Hussin untuk perubatan?

Penggunaan Cik Husin di Malaysia merupakan satu kesalahan dan dianggap taboo. Sebagaimana yang kita tahu, Cik Hussin kebiasaannya digunakan untuk  tujuan rekreasi. Disebabkan itu, ianya ditentang hebat oleh rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan semua, selain dari kegunaan rekreasi, ianya juga boleh digunakan sebagai  sumber rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit. Masyarakat barat telah menggunakan dan menjalankan pelbagai kajian mengenai kebaikkan Cik Hussin bagi memberi sumber alternatif kepada pesakit yang memerlukannya.

Berbeza di Malaysia, ianya merupakan kesalahan kelas pertama jika didapati seseorang mempunyai atau menggunakan Cik Hussin. Persoalannya, adakah negara kita menutup rapat pintu bagi kemasukkan Cik Hussin sebagai sumber alternatif untuk perubatan?

Timbalan Menteri Kesihatan (Dr Lee Boon Chye) pernah memberi komen mengenai perkara ini beberapa tahun dahulu. Tetapi sehingga ke hari ini masih lagi tiada kata putus mengenai kebenaran penggunaannya. Komennya mengenai perkara ini adalah syarikat perubatan perlu melakukan kajian sendiri dan bukan merujuk kajian dari luar bagi mengenal pasti sejauh mana keberkesanan dan keselamatan penggunaan Cik Hussin. Tambahan beliau, sekiranya ada maklumat yang cukup bagi menunjukkan penggunaan Cik Hussin selamat dan berkesan bagi keadaan tertentu, kementerian boleh mempertimbangkan berdasarkan petunjuk berkenaan.

“Banyak kajian (kajian luar Cik Hussin) dilakukan bagi rawatan kanser, kemurungan tetapi kita mahu melihat bukti itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tiada syarikat perubatan yang membuat permohonan dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara (ARFN), kementerian tidak akan membuat sebarang keputusan kerana penggunaan marijuana adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jadi memilikinya adalah salah, menjualnya adalah salah, malah ia perlu didaftarkan.

“Apabila syarikat perubatan ingin mendaftar, mereka perlu mendapatkan borang, yang mana asal Cik Hussin itu, jumlah dos, sama ada dalam bentuk pil atau serbuk,” katanya.

Katanya, penggunaan Cik Hussin dalam perubatan sudah dilakukan beberapa tahun dulu, tetapi ditarik balik berikutan penggunaan bahan itu kurang.

Beliau berkata, beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan Cik Hussin untuk tujuan perubatan. Sumber ini dipetik melalui Harian Metro pada 27 Disember 2018.

Selepas diteliti ucapan Timbalan Menteri Kesihatan, ianya adalah situasi tarik tali dan kearah tidak membenarkan penggunaan Cik Hussin. Sebagaimana yang kita tahu, tiada syarikat atau badan yang dapat melakukan kajian sekiranya Cik Hussin masih diletakkan pada akta yang sama. Ia seperti perumpaan, nak suruh makan nasi tapi beras tiada.

Kami berharap pada tahun 2020, kerajaan lebih membuka mata untuk memberi kebenaran untuk kajian dahulu sebelum bercerita untuk membenarkan penggunaan Cik Hussin di Malaysia walaupun sudah banyak negara luar yang menjalakan kajian mengenai tumbuhan ini. Hairannya, penggunaan ubat kimia boleh dirujuk kepada negara luar, manakala tumbuhan ini diragui jika tidak dijalankan kajian di negara ini sendiri.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai topik Malaysia Membernarkan Penggunaan Cik Hussin. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam Thenang

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *