Sun. May 15th, 2022

Marduk merupakan seorang tuhan raja yang diangkat oleh masyarakat Babylon. Dia dianggap sebagai penjaga keadilan, pemberi kesihatan dan mempunyai kuasa sihir yang hebat . Selain itu masyarakat Babylon juga menganggap dia sebagai tuhan yang menjaga cuaca dan kesuburan didalam pertanian. Terdapat kuil  yang dinama Ziggurat yang telah diceritakan oleh Herodotus dimana ia dikatakan mirip menara Babel. Orang-orang Greek menganggap Marduk sebagai Zeus dan tamadun Rom menganggap Marduk sebagai Jupiter.

Marduk digambarkan sebagai seorang manusia yang memakai jubah diraja dan membawa ular campuran naga bersama penyodok. Kisah Marduk dikatakan berasal dari kisah dewa setempat yang dinamakan Asarluhi. Asarluhi adalah tuhan pertanian yang disimbolkan dengan membawa penyodok yang dipanggil sebaga Marru.

Didalam mitos Babylon, Marduk merupakan anak kepada Tuhan Enki. Tuhan Enki dikatakan tuhan yang bijaksana dimana dengan kuasanya, dia dapat membekalkan air yang bersih kepada masyarakat yang mempercayainya. Hubungan Marduk dan Enki dapat dilihat didalam kisah Asarluhi dimana Enki banyak menunjukkan sifat-sifat seperti Marduk. Marduk mempunyai isteri yang dinamakan Sarpanitu (sesetengah mitos mengatakan isterinya bernama Nanaya) dan anak bernama Nabu.

Dengan kebijaksanaan Marduk dalam membangunkan pertanian, ia dapat membantu masyarakat Babylon untuk membina bandar Babylon yang kemudian dikenali sebagai Assyria dan Empayar baru Assyria. Marduk dikatakan menjadi tuhan yang penting kepada masyarakat Babylon dan tamadun Mesopotamia dimana kebanyakkan mereka beragama monothiesm (menyembah pada satu tuhan). Masyarakat disana juga mempercayai Marduk merupakan pencipta syurga dan bumi. Dia dikatakan membantu Enki untuk menciptan manusia dan pahlawan yang memenangi peperangan menentang askar-askar Tiamat (Tiamat adalah tuhan asal yang melahirkan tuhan-tuhan  atau dewa-dewa generasi pertama seperti Marduk dan Enki).

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *