Tue. May 17th, 2022

Post 61: Fahami definisi Mati Pucuk

Minyak lintah, gambir, ubat kuat dan sebagainya menjadi salah satu produk yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis produk mengenai kesihatan lelaki dijual secara berleluasa di sosial media, termasuk facebook dan Instagram. Itu senario dirasai ramai lelaki muda sejak kebelakangan ini dek kemaruk memiliki kekuatan tenaga batin luar biasa.

Mengikut  Perunding Klinikal Andrologi Damai Service Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi berkata, semakin ramai lelaki keliru definisi mati pucuk menyebabkan mereka gagal memahami masalah ini.

“Mati pucuk ialah ketidakupayaan lelaki mencapai ketegangan zakar yang mencukupi untuk melakukan tusukan ke dalam faraj semasa mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan. “Ia terjadi berkemungkinan disebabkan masalah kelemahan pada otot kemut dan kemasukan darah yang banyak pada zakar. Jadi, zakar tidak boleh mencapai tahap ereksi yang sepatutnya,” katanya.

Kajian menunjukkan, kebiasaannya masalah mati pucuk berlaku kepada lelaki ketika berusia 40 tahun dan bertambah teruk apabila usia meningkat. Kajian lain pula mendedahkan, satu daripada lapan lelaki di Malaysia mengalami masalah mati pucuk.

Dr Mohd Ismail berkata, penyebab utama masalah mati pucuk ialah menghidap penyakit yang menghalang pengaliran darah ke zakar seperti jantung, kencing manis, darah tinggi, masalah saraf dan tahap kolesterol tinggi.

Menurut pakar didalam bidang ini, kebanyakan ubat kuat ini mengandungi bahan aktif iaitu racun terkawal yang mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan.

“Tiada halangan kepada lelaki sudah berkahwin mengambil ubat ini untuk meningkatkan prestasi ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan.

“Namun, tidak digalakkan bagi lelaki bujang mengambilnya kerana ia boleh melemahkan fungsi sebenar zakar terutama selepas mendirikan rumah tangga,” katanya.

Antara faktor lain yang melemahkan fungsi alat sulit ialah kurang melakukan pergerakan fizikal kerana faktor bekerja di pejabat dan memandu kenderaan dalam tempoh lama. Oleh itu, lelaki dan perempuan perlu melakukan banyak pergerakan fizikal bagi melancarkan aliran darah untuk menguatkan otot di bahagian alat sulit. Senaman ialah satu kaedah perubatan terbaik bagi pemulihan penyakit kronik lain.

Sumber: Harian Metro 8 Mac 2020

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *