Sat. Sep 24th, 2022

Dalam mitos tamadun Yunani, Minotaur merupakan raksasa dimana dia mempunyai badan manusia, berekor dan berkepala lembu. Minotaur merupakan anak kepada Ratu Cretan Pasiphae. Melihat anaknya yang tidak sama seperti manusia biasa, Raja Minos telah mengarah Daedalus dan anaknya Icarus untuk membina sebuah labirin yang besar. Dia membesar di dalam labirin dan dihantarkan budak lelaki dan gadis untuk dikorbankan setiap tahun.

Perkataan Minotur berasal dari gabungan perkataan Yunani kuno iaitu Minos adalah lembu dan Taurus iaitu bekaitan dengan kelahirannya. Pada hari pengorbanan anak muda untuk Minotaur, Theseus, anak kepada Raja Aegeus telah menawarkan dirinya untuk dikorbankan. Theseus telah memberitahu bapanya dan kepada penduduk Athens yang dia akan menggunakan peluang ini untuk membunuh Minotaur. Dia berjanji akan menaikkan bendera putih sekiranya dia dan anak-anak buahnya berjaya menewaskan Minotaur dan dia akan menyuruh anak buahnya menaikkan bendera hitam sekira dia gagal atau terkorban dalam perlawanan menentang Minotaur.

Semasa di Crete, anak kepada Raja Minos, Ariadne dan Phaedra telah terjatuh hati kepada Theseus. Melihat Theseus yang bakal dikorbankan dan dimakan oleh abangnya sendiri, Ariadne dan Phaedra telah membantu Theseus. Mereka telah meminta Daedalus menunjukkan jalan untuk Theseus keluar dari labirin yang dibinanya. Setelah mereka mendapat jawapannya, mereka berlari mengejar Theseus yang ingin memasuki labirin tersebut dengan memberitahu rahsia untuk bebas dari labirin itu. Mereka telah memberi benang untuk Theseus menanda jalan yang dilaluinya agar tidak tersesat semasa mahu keluar. Thesesus telah berhadapan dengan Minotaur dan menikamnya dengan pedang yang diberikan oleh Raja Aegeus. Selepas Minotaur dibunuh Theseus telah mencari jalan keluar dari labirin menggunakan benang yang ditandanya. Dia dan anak-anak buahnya kemudian berlayar pulang ke Athen bersama-sama Ariadne dan Phaedra.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *