Fri. May 13th, 2022

Kyansittha atau ia juga dikenali sebagai Raja kepada Hti-hlaing adalah pemerintah semasa Dinasti Bagan di Burma (dikenali sebagi Myanmar pada hari ini) pada tahun 1084 hingga 1113. Beliau dianggap sebagai raja terhebat pada waktu itu. Pada waktu pemerintahannya, dia telah menaikkan taraf sosial, ekonomi dan peradaban yang telah dibina oleh bapanya dahulu Raja Anawratha. Bagan menjadi salah satu kuasa besar yang dikenali dunia selepas memerintah hampir 28 tahun di Burma.

Kyansittha merupaka seorang panglima perang yang sangat hebat dimana beliau telah mengetuai askar-askar Anawratha dalam beberapa siri peperangan dan membentuk empayar Pagan. Beliau pernah hidup didalam buangan sebanyak dua kali pada tahun 1070 hinggia 1080 atas kesalahan mempunyai hubungan sulit dengan Ratu Manisanda. Kyansittha telah mendapat takhtanya menjad raja Bagan selepas mengalahkan pemberontak Mon yang membunuh raja Saw Lu pada tahun 1084.

Semasa hidup didalam buangan, beliau telah merantau ke selatan Burma dan hidup dengan bekerja menjaga kuda. Beliau akhirnya menetap di Kaungbyu dan berkahwin dengan Thanbula, sepupu kepada ketua biara disana. Pada awal umur 30an, beliau tetap menetap disana sehingga akhir pemerintahan Anawrahta pada tahun 1077.

Pada April 1077, Anawrahta meninggal dunia dan tahtanya diserahkan kepada anaknya, Lu. Lu menganggap Kyanittha sebagai musuh, tetapi dia terpaksa akur dengan memanggil Kyansittha kembali atas nasihat Shin Arahan untuk membantu pentadbiran negaranya. Kyansittha meninggalkan isterinya Thanbula di Kaungbyu untuk ke Pagan. Semasa di Pagan, sekali lagi Kyansittha dihalau keluar kerana menjalankan hubungan sulit dengan Khin U, permaisuri raja Lu. Kali ini dia telah dihalau lebih jauh hingga ke Dala.

Thenang My

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *