Fri. May 20th, 2022

Didalam penulisan mitos dan lagenda dunia, terdapat beberapa perkara yang sering kali dikaitkan dan disebut berulang kali, antaranya adalah Misteri 7 lelaki rahsia yang bijaksana. Kewujudan mereka diceritakan didalam pelbagai mitos dan lagenda Mesir purba, Babylon, Sumeria, China, Tamadun Yunani Kuno dan India. Yang membangkitkan persoalan pada hari ini. Siapakah mereka?

1. Apkallu – Tuhan separa ikan dan manusia yang dianggap 7 lelaki misteri

Menurut mitos dan lagenda Babilon, Apkallu merupakan tuhan separa manusia dan ikan adalah 7 lelaki misteri didalam setiap mitos dan lagenda yang ditulis. Beliau merupakan makhluk separa tuhan yang dicipta oleh tuhan Enki. Tugas mereka adalah untuk membina budaya dan tamadun kepada manusia. Ada dari mereka yang menjadi paderi kepada tuhan Enki dan penasihat kepada raja-raja terawal dalam tamadun Sumeria sebelum datang banjir besar yang memusnakan tamadun tersebut.

Apkallu merupakan manusia separa ikan yang berada di kawasan air tuhan Abzu dimana kedalamannya tidak memasuki kawasan dunia bawah bumi (Kur) dan bumi (Ma). Kewujudan Apkallu di tulis pada batu bersurat di dalam mitos tamadun Summeria. Didalam sejarah “Epic of Erra”, terdapat petikan dimana Marduk bertanya mengenai 7 lelaki misteri yang bijaksana ini.

2. Adakah 7 lelaki misteri ini termasuk dalam lagenda dan mitos Tamadun India?

Di India, terdapat mitos mengenai sembilan lelaki yang bijaksana membantu tamadun ini ketika pemerintahan Raja Asoka. Samada ia merujuk kepada orang yang sama atau tidak, ia tidak dapat dikenalpasti. Didalam peulisan buku “Outline of World History” yang ditulis oleh H.G Wells, “Raja Asoka merupakan raja yang terhebat di mana namanya terpahat dalam sejarah dunia. Asoka dihormati kerana taat kepada agamanya serta mengajak manusia kearah keamanan. Kerana kebaikkannya, beliau sering diancam dengan kejahatan. Tetapi kebijaksanaanya telah mewujudkan gerakkan 9 lelaki rahsia untuk membantunya mentadbir menjadikan beliau salah seorang raja yang berkuasa di mata rakyatnya.”

3. 7 lelaki rahsia di dalam Tamadun Yunani

Terapat rujukan bertulis yang ditulis oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Plato mengenai 7 lelaki misteri ini dimana mereka berkait dengan budaya Sparta. Socrates menerangkan melalui Plato’s Protagoras (buku dialogue Plato), untuk menjadi seorang Sparta, seseorang itu haruslah bijak dan berkebolehan untuk menggunakan kebijaksaananya untuk manusia lain. Antara dari mereka adalah Thales of Miletus, Pittacus of Mytilene, Bias of Priene, Cleobulus of Lindus, Myson of Chenae, dan Solon merupakan antara 7 lelaki misteri yang dipanggil Chilon Of Sparta.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *