Sun. Sep 25th, 2022

Sejak lima abad yang lalu, Leonardo da Vinci telah melahirkan satu lukisan yang menjadi satu selingan sejarah dunia, lukisan Mona Lisa. Lukisan ini dilukis dianggarkan pada tahun 1503 hingga 1519. Pada hari ini, lukisan tersebut disimpan rapi didalam cermin kalis peluru di Museum Lourve dan menjadi tontonan kepada ribuan pengunjung setiap hari. Sehingga ke hari ini masih ramai tertanya-tanya apakah pencetus populariti pada gambar Mona Lisa.

Tidak dapat dinafikan, kualiti lukisan Mona Lisa pada waktu itu merupakan salah satu lukisan yang berkualiti tinggi. Leonardo dikatakan menggabungkan konsep kontemprari melalui postur badan objek lukisan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Giorgio Vasari, kebolehan Leonardo menerapkan konsep semulajadi didalam lukisannya menyebabkan ia menjadi satu lukisan yang bernilai tinggi. Pengunaan teknik pencahayaan dan konsep bayang pada lukisannya menjadi lukisan itu seperti hidup. Selain itu, pemilihan fabrik yang tepat digunakan oleh Leonardo sebagai medium lukisan menjadikan lukisan itu berkualiti.

Menurut kajian lain, kualiti lukisan ini sahaja tidak boleh menyebabkan lukisan ini terkenal melainkan terdapat cerita dan sejarah terhadap lukisan itu sendiri. Antaranya adalah dengan meletakkan lukisan itu di muzium Lourve, dimana disitu terdapat ribuan pengunjung setiap hari menjadikan ia lukisan yang terkenal dimana cerita mengenai lukisan ini dibawa dari mulut ke mulut setiap pengunjung. Lukisan itu tiba di muzim Lourve pada permulaan pemerintahan Raja Francis I, Raja Perancis, orang yang bertanggungjawab yang memenjarakan Leonardo sehingga ke akhir hayatnya. Lukisan itu menjadi salah satu koleki diraja dan diletakkan didalam istan Raja Francis I hingga ia dituntut semasa Revolusi. Lukisan itu diambil dari istana dan diiisytihar sebagai harta rakyat. Lukisan itu dipindahkan ke muzium Lourve pada abad ke 19.

Lebih menjadikan lukisan ini menarik, sehingga ke hari ini watak Mona Lisa didalam lukisan itu tidak diketahui. Ramai pengkaji mengaitkan lukisan Mona Lisa itu dengan Lisa Gherardini, iaitu isteri kepada Francesco del Giocondo, tapi tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan perkaitan tersebut.

Pada abad ke 19, lukisan tersebut telah dicuri. Perkara ini telah mendapat perhatian dunia dimana lukisan yang digantung di muzium didapati tiada di tempat asalnya. Pengarah muzium tersebut telah meletakkan jawatan atas kegagalannya mengawal harta diraja tersebut dan dia juga dituduh bersubahat diatas kehilangan lukisan itu. 2 tahun kemudian, lukisan itu ditemui di Italy setelah pihak berkuasa disana berjaya menjejak pencuri tersebut. Vincenzo Peruggia merupakan seorang lelaki Italy berhijrah ke Perancis , merupakan ketua kepada kes kecurian tersebut. Beliau ditangkap bersama dua lagi rakan subahatnya semasa cuba menjual lukisan Mona Lisa.

Sehingga ke hari ini, masih tidak jelas kenapa dan mengapa lukisan ini begitu popular.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *