Sat. Sep 24th, 2022

Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451  bandar Murcia,  wilayah Madrigal di bawah pemerintahan  kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu  Castile yang terbesar, Aragon di bagian sebelah utara Spanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.

Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut. Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara  Jerman,  Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Italia, sebagian Perancis, Cekoslowakia, Poland, Hunggari,  Yugoslavia dan  sebagian besar daerah Amerika Selatan.

Gabungan Ratu Isabella I dan Raja Ferdinand II juga telah menyebabkan huru hara di Asia Selatan dan Nusantara kerana kekayaan rempah ratus disana. Mereka sanggup menghantar bala tentera mereka dari Belanda dan Inggeris belayar ke sini demi merampas kekayaan di bumi nusantara.

Zaman Taifa bermula apabila tempoh kejatuhan Andalusia. Kerajaan kecil Islam di Andalusia sering bertelagah tentang soal Kawasan jajahan dan juga pertelingkahan yang sering terjadi di antara masyarakat Islam Iberia, Arab dan Berber telah menyebabkan insititusi kerjaan Islam melemah. Raja-raja kecil sering mendapatkan bantuan tentera Kristian Iberia untuk menjatuhkan sesame mereka.

Semakin lama, Kerajaan Kristian Iberia seperti Castile, Navarre, Leon dan lain-lain semakin kuat. Akhir sekali ia menyebabkan kota Islam terakhir Alhambra, Granada jatuh ke tangan Ratu Isabella I dan menamakan sekaligus pemerintahan raja Islam terakhir iaitu Sultan Muhammad XII.

Pada tahun 1492, Christopher Columbus telah meyakinkan Isabella untuk menaja pelayaran penerokaannya. Kesan pelayaran tersebut  adalah beliau menjadi orang Eropah pertama yang menemui tanah di Dunia Baru dan seterusnya membuka peluang tanah jajahan yang baru kepada Isabella dan Ferdinand.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *