Mon. Nov 28th, 2022

Najis ialah kekotaran yang mencegah sahnya sembahyang dan diharam memakannya.

Terdapat tiga bahagian najis iaitu :

  • Najis berat (Mughallazah)
  • Najis ringan (Mukhaffafah)
  • Najis tengah (Mutawassitah)

Najis berat (Mughallazah) iaitu anjing, babi dan keturunan-keturunan yang lahir dari kedua-duanya atau salah satu dari kedua-duanya dengan binatang lain.

Najis ringan (Mukhaffafah) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umur 2 tahun, tidak memakan sesuatu kecuali susu ibunya sahaja.

Najis tengah (Mutawassitah) iaitu semua najis-najis yang lain daripada najis berat dan ringan seperti segala jenis darah keculia hati dan limpa, bangkai-bangkai selai dari bangkai manusia, ikan dan belalang, keluar sesuatu dari dua jalan kecuali air mani, nanah dan muntah dan susu binatang yang haram dimakan dagingnya.

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.