Sun. Sep 18th, 2022

Post 46: 29 Negara yang legalize penggunaan Cik Hussin

Kebiasaan tempat yang paling dihajati oleh stoner untuk pergi bercuti adalah di Amsterdam. Sebagaimana yang kita tahu, Amsterdam merupakan ibu negara bagi Negara Netherland yang membenarkan penggunaan Cik Hussin secara rekreasi dan medikasi. Selain Amsterdam terdapat banyak lagi negara yang membenarkan penggunaan Cik Hussin. Antaranya adalah:

  • Canada – Canada telah me-legalkan penggunaan Cik Hussin pada 17 Oktober 2018 untuk penggunaan rekreasi
  • Amerika Syarika – Terdapat beberapa bandar yang membenarkan penggunaan Cik Hussin. Sebagai contoh California
  • Mexico – Destinasi percutian yang paling berani dan rare kalau anda ke sana. Tetapi disana penggunaan Cik Hussin dibenarkan dibawah 5 gram
  • BelizeHonestly kami pun tak pernah tahu ada negara nama ini. Tapi di negara ini membenarkan stoner menggunakannya di rumah di bawah 10 gram
  • Costa Rica – Disini bukanlah officially legalize, tapikebanyakkan¬† orang¬† disini smoke Cik Hussin. Jadi, kat sini korang boleh chill. Yang paling best korang boleh layan di area pantainya. Baked and Chill!
  • Jamaica – Negara ini telah membenarkan penggunaan sepenuhnya Cik Hussin pada tahun 2015. Boleh herb dengan sesenang hati
  • Argentina – Pada tahun 2017, negara ini telah membenarkan penggunaan Herb secara sepenuhnya.
  • Colombia – Kalau ada bawah 20 gram anda selamat!
  • Ecuador – Tanam tak dapat, tapi kalau korang ada 10 gram dalam poket jangan risau
  • Peru – Tidak legal, tapi pandai makan pandai simpan. Boleh berherb di rumah sahaja
  • Uruguay – Umur 18 tahun keatas? Anda selamat untuk berherb!
  • Cambodia – Terkenal dengan happy pizza. Status halalnya tidak boleh dipastikan. Tetapi dari sudut perundangannya masih tidak dilegalkan
  • Laos – Disini undang-undang tidak terlalu ketat. Pandai makan pandai simpan
  • Belgium – Jika terkantoi, tetapi anda umur 18 tahun keatas dan dalam poket tidak melebih 3 gram. Anda selamat
  • Italy – Penanaman dan penjualan menyebakan anda dikenakan tindakan undang-undang. Tetapi sekiranya anda menggunakan untuk kegunaan peribadi pada kadar yang sedikit, anda mungkin disaman sahaja
  • Netherland (Amsterdam) – Dibenarkan untuk kegunaan di coffee shopnya sahaja
  • Portugal – Negara ini telah melegalkan semua penggunaan dadah pada tahun 2011. Paling hebat pun kalau terkantoi anda hanya kena saman. Melainkan anda pengedar. Hukumannya tidak lagi saman.
  • Spain – Tidak semua tempat legal, tetapi terdapat beberapa coffee house yang membenarkan penggunaan herb
  • Switzerland – Penanaman hemp dibenarkan. Penggunaan Cik Hussin pada kadar yang rendah tidak menyebabkan anda dikenakan tindakkan undang-undang
  • Croatia – Jangan cuba untuk mengedar, penggunaan persendirian dibenarkan.
  • Republic Czech – 15 gram dan kebawah, anda selamat
  • Estonia – 7.5 gram kebawah, anda terlepas dari tindakkan undang-undang
  • Russia – 6 gram kebawah anda selamat. Semasa pertandingan World Cup, Russia membenarkan pelawat yang mempunyai kad kesihatan membawa ubatan seperti Medical K, Medical Hero dan Medical Cik Hussin
  • Ukraine – 10 pokok kebawah dan 5 gram kebawah masih dikira mengikut undang-undang
  • Australia – Chill with herb, tidak pasti berapa gram penggunaan yang dibenarkan. Dan terdapat region-region tertentu sahaja yang membenarkan
  • 2019 (Thailand) – Penggunaan untuk perubatan dibenarkan. Yang pastinya kalau untuk kegunaan perubat perlu memeliki kad perubatan yang disahkan oleh badan bertauliah.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai destinasi percutian Herb

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam thenang.

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *