Sat. Sep 24th, 2022

Leonardo da Pisa atau yang lebih dikenali dengan nama Leonardo Fibonacci, merupakan seorang pakar matematik yang berasal dari Itali. Beiau merupakan bapa kepada penemuan bilangan Fibonacci. Ia juga terkenal karena perananya dalam mengenalkan sistem penulisan dan perhitungan bilangan Arab (algoritma) ke dunia Eropah. Ayahnya bernama William atau lebih dikenali sebagai Bonacci, maka dari itu Leonardo memiliki julukan Fibonacci yang berasal dari kata Filius Bonacci yang bermaksud anak dari Bonacci.

Nombor Fibonacci mula diperkenalkan pada tahun 1202 didalam bukunya Liber abaci, buku teks matematik yang paling berpengaruh yang dihasilkan di Eropah pada ketika itu. Nombor ini muncul apabila Fibonacci cuba menyelesaikan masalah bilangan arnab.

Urutan nombor Fibonacci adalah seperti berikut:

1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144…..

Ia diperoleh dengan menambahkan jumlah dua nombor yang terdahulu dalam urutan, contohnya 1 + 1 = 2, 1 + 2 = 3, 2 + 3 = 5, dan seterusnya untuk memuaskan formula;

F(0) = 0

F(1) = 1

F(n) = F(n ? 1) + F(n ? 2) n > 1 .

Nombor Fibonacci ini kemudian memainkan peranan penting dalam dunia keilmuan seperti antara lain digunakan oleh Johannes Kepler untuk mendatangkan Hukum Kepler.

Namun begitu, nama ‘nombor Fibonacci’ yang disandarkan penemunya kepada Leonardo of Pisa itu sebenarnya tidak padan dan menggambarkan bias Eurosentrik kerana hakikatnya nombor tersebut telah pun ditemui lama oleh tamadun lain. Nombor tersebut pun tidak lah dipandang penting dan diiktiraf sehinggalah dinaikkan oleh ahli matematik Perancis Edouard Lucas pada abad ke 19.

Menurut para pengkaji dari Universiti Aachen, German dalam kertas mereka ‘On the Origin of the Fibonacci Sequence‘, Fibonacci memperoleh konsep tersebut daripada hasil usaha sarjana matematik Islam seperti al Khwarizmi (780 – 850M) Abu Kamil dan Omar al Khayyam (1048 – 1131 M).

Buku Liber Abaci itu sendiri meminjam 22 masalah algebra daripada buku Al-jabr wa’l muqabala al Khwarizmi dan 53 daripada buku Kitab fi al-jabr wa’l-muqabala Abu Kamil. Malah, sumbangan Fibonacci dalam matematik sebenarnya ketinggalan zaman berbanding sumbangan sarjana matematik Islam, menurut kertas tersebut.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *