Nostradamus, ahli nujum zaman Renaissance

Post 165: Nostradamus, Ahli Nujum yang meramalkan peristiwa masa hadapan

Bahagian 2: Karya Les Prophéties

Antara karya agung Nostradamus adalah Les Prophéties(The Prophecy) atau dalam bahasa Melayunya Catatan Ramalan. Setelah beberapa tahun pengeluaran buku tersebut, Nostradamus mula mendapat perhatian dan menarik orang ramai untuk menjadi penyanjungnya. Ianya termasuk buku-buku dan majalah yang memberi kredit kepada Nostradmus apabila catatannya tepat berlaku didalam siri sejarah dunia. Ahli akademik menolak karya tersebut dan tidak percaya bahawa Nostradamus mempunyai kebolehan untuk meramal masa hadapan.

Ianya ditolak oleh ahli akademik memandangkan tiada fakta dan sebarang ukuran mengenai penceritaan di dalam karya terebut. Selain itu pengunaan kuatrain (puisi atau pantun 4 baris) yang digunakan didalam karya tersebut memudahkan orang ramai memanipulasikan maksud pada karya itu. Orang ramai dikatakan menyalah erti untuk menyamakan siri yang terjadi dengan bait-bait ayat pada karya itu.

Nostradmus sendiri pernah mengatakan bahawa penulisan karyanya berdasarkan pengkajian astrology atau apa sahaja peristiwa yang berlaku seperti perkahwinan, kelahiran pertabalan dan sebagainya. Peristiwa itu semua digunakan sebagai penilaian didalam ramalannya. Walaubagaimana pun, pada waktu itu, ianya sudah dikecam hebat oleh ahli nujum yang ada ketika itu seperti Laurens Videl kerana menganggap pengkajian masa depan dengan menggunakan pendekatan Nostradamus adalah mustahil.

Kebanyakkan pengkaji bersetuju bahawa Nostradmus sebenarnya terinspirasi menulis karya ini berdasarkan catatan Bible mengenai kemusnahan dunia (akhir zaman).

Penafian: Ramalan dan konspirasi adalah untuk bacaan hiburan untuk menghabiskan masa ketika saat wabak virus COVID-19 melanda Malaysia. Perkongsian ini hanyalah berbentuk hiburan dan tidak disarankan untuk mempercayainya.

Penulis: Thenangmy

Bahagian 1: Siapakah Nostradamus? 

Bahagian 2: Karya Les Prophéties

Bahagian 3: Siri Ramalan Notradamus yang terjadi di dunia ini (akan datang)

 

Leave a Comment