Nostradamus, ahli nujum zaman Renaissance

Post 166: Nostradamus, Ahli Nujum yang meramalkan peristiwa masa hadapan

Bahagian 3: Siri Ramalan Notradamus yang terjadi di dunia ini 

Untuk pengetahuan semua, terdapat 942 koleksi sastera 4 rangkap yang ditulis oleh Nostradamus didalam karya Les Prophéties.  Antara siri bersejerah yang pernah dicatatkan oleh Nostradamus didalam karyanya pada tahun 1555 adalah:

  • Kemunculan Adolf Hilter dalam sejarah dunia
  • Kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki
  • Ramalan pembunuhan John F. Kennedy dan Bobby Kennedy
  • Pendaratan manusia di bulan
  • Serangan 9/11
  • Kematian Raja Henry II
  • Kebakaran besar 2 September 1666 di London
  • Revolusi Perancis 1789
  • Kewujudan Louis Pasteur (tokoh mikrobiologi)
  • Petabalan 3 kali Chales De Gaulle
  • Covid-19

Antara siri bersejarah yang berlaku pada hari ini pernah dicatatkan dalam karya Nostradmus semasa hayatnya. Ianya agak mustahil untuk manusia yang hidup pada tahun 1555 untuk meramalkan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Tetapi siri sejarah yang berlaku menunjukkan penulisannya bukan sekadar picisan sastera untuk dibaca. Ianya sebuah kod untuk pembacanya merungkai. Walaupun tiada pembuktian saintifik untuk manusia mempunyai kebolehan meramal masa hadapan, ianya tidak mustahil boleh berlaku kerana ilmu di dunia ini sangat luas.

Melalui siri bersejarah yang terjadi ini, nama Nostradamus masih lagi diingati sehingga ke hari ini walaupun era Nostradamus sudah lama berlalu. Hingga ke hari ini, masih ramai yang cuba memecahkan kod rahsia yang ditulis oleh Nostradamus di dalam karya sasteranya.

Penafian: Ramalan dan konspirasi adalah untuk bacaan hiburan untuk menghabiskan masa ketika saat wabak virus COVID-19 melanda Malaysia. Perkongsian ini hanyalah berbentuk hiburan dan tidak disarankan untuk mempercayainya.

Penulis: Thenangmy

Bahagian 1: Siapakah Nostradamus? 

Bahagian 2: Karya Les Prophéties

Bahagian 3: Siri Ramalan Notradamus yang terjadi di dunia ini 

Bahagian 4: Ramalan Nostradamus terhadap Adolf Hitler dan  Kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki

1 thought on “Nostradamus, ahli nujum zaman Renaissance”

Leave a Comment