Nostradamus, ahli nujum zaman Renaissance

Post 180: Nostradamus, Ahli Nujum yang meramalkan peristiwa masa hadapan

Bahagian 4: Ramalan Nostradamus terhadap Adolf Hitler dan  Kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki

Sebagaimana yang kita bincangkan pada bahagian yang lepas,  Les Prophéties(The Prophecy) telah ditulis pada tahun 1555, ianya mengandungi 942 koleksi sastera 4 rangkap yang ditulis oleh beliau. Antara ramalan yang ditulis oleh beliau adalah mengenai kelahiran Adolf Hitler didalam siri sejarah dunia. Perkara ini telah dibahas oleh banyak pihak kerana ia telah disangkal atas dasar tiada pembuktian saintifik yang jelas mengenai hal ini. Walaubagaimana pun, pengikut Notradamus mempercayai bahawa ianya salah satu kelebihan Nostradamus untuk menilik tentang perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Mengikut pengikut Nostradamus yang merungkai rahsia dalam penulisan Les Prophéties(The Prophecy) , terdapat dua bahagian pada ramalannya yang menyebut kehadiran Adolf Hitler didalam siri sejarah dunia. Ianya adalah:

“From the depths of the West of Europe, A young child will be born of poor people, He who by his tongue will seduce a great troop; His fame will increase towards the realm of the East”  (Pada saat Selatan Eropah berada dalam suasana kegelapan, akan lahir seorang anak dari golongan yang miskin, lidahnya akan menarik ramai pengikut dalam kalangan askar yang hebat. Kemasyhurannya akan disebut-sebut merangkumi seluruh dunia)  dan Beasts ferocious with hunger will cross the rivers,The greater part of the battlefield will be against Hister.Into a cage of iron will the great one be drawn,When the child of Germany observes nothing” (Pemangsa kejam yang kebuluran akan menyeberangi sungai, peperangan besar akan berlaku dalam menetang Hister, Hanya yang terbaik akan hadir. Warga German tidak sedar akan kehadirannya”.

Melalui ramalan Nostradamus yang ditulis pada tahun 1555, pengkaji ramalan Nostradamus telah mengaitkan kebangkitan Adolf Hitler pada 30 Januari 1933 melalui dua ramalan tersebut. Pengakaji ramalan Nostradamus berpendapat, Adolf Hitler telah dilahirkan di Austria, dimana ia terletak di Selatan Eropah. Keluarga Hitler merupakan golongan pertengahan dalam kalangan bangsa mereka. Pada bait “lidahnya akan menarik ramai pengikut dalam kalangan askar yang hebat” dapat dilihat dimana Adolf Hitler mengetuai askar Nazi pada waktu itu. “Askar yang hebat” adalah merujuk kepada keupayaan askar Nazi yang menyebabkan Perang Dunia Ke dua (WWII) dan menakluk negara Poland. Selain itu, pengikut Nostradamus juga mempercayai, penggunaan ayat Hister pada bait ramalan itu merujuk kepada kesalahan ejaan kepada Hitler. Tetapi ianya telah disangkal oleh sesetengah pihak dan pengkaji dimana mengikut bahasa Latin Hister  merujuk kepada Danube (sungai/ air).

Selain itu, Nostradamus juga dikatakan pernah meramalkan kejadian bersejerah yang melibatkan kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki dalam siri peperangan Pearl Harbor. Beliau telah menulis didalam Les Prophéties(The Prophecy)  dengan baitnya berbunyi  Near the gates and within two cities There will be scourges the like of which was never seen, Famine within plague, people put out by steel, Crying to the great immortal God for relief” (Terdapat dua bandar yang bersebelahan, akan berlaku kemusnahan yang tidak pernah dilihat seperti sebelumnya. Kebuluran dan wabak juga akan hadir di bandar tersebut, selepas ramai manusia yang mati disebabkan serpihan besi. Mereka disana akan memohon kepada yang berkuasa agar diringankan beban yang ditanggung).

Melalui bait itu, pengkaji ramalan Nostradamus telah mengaitkannya ramalan terebut dengan siri kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Pada Ogos 1945, Amerika Syarikat telah menyerang Jepun sebagai serangan balas kepada kekejaman Jepun menyerang Pengkalan Pearl Harbor. Didalam serangan balas tersebut, ia merupakan siri bersejarah didalam sejarah perang dunia dimana pada kali pertamanya bom atom digunakan untuk peperangan. Amerika Syarikat telah menghantar bom tersebut menggunakan pesawat perang B-29 bomber. Merujuk kepada bait “Near the gates and within two cities” (Terdapat dua bandar yang bersebelahan)  adalah melambangkan Hiroshima dan Nagasaki. ” There will be scourges the like of which was never seen” (akan berlaku kemusnahan yang tidak pernah dilihat seperti sebelumnya) adalah merujuk kepada serangan bom atom pertama di dunia, dimana kesan kemusnahannya tidak pernah dilihat sebelum ini. “ Famine within plague, people put out by steel”(Kebuluran dan wabak juga akan hadir di bandar tersebut, selepas ramai manusia yang mati disebabkan serpihan besi), adalah merujuk kepada kesan selepas letupan bom atom dimana ramai penduduk Hiroshima dan Nagasaki telah terkorban kesan daripada letupan tersebut. Jepun juga dikatakkan lumpuh selepas siri serangan tersebut menyebabkan masalah kebuluran di negara mereka. “Crying to the great immortal God for relief” (Mereka disana akan memohon kepada yang berkuasa agar diringankan beban yang ditanggung) adalah merujuk kepada kesan radiasi yang ditanggung oleh penduduk yang terkesan dengan letupan tersebut.

Penafian: Ramalan dan konspirasi adalah untuk bacaan hiburan untuk menghabiskan masa ketika saat wabak virus COVID-19 melanda Malaysia. Perkongsian ini hanyalah berbentuk hiburan dan tidak disarankan untuk mempercayainya.

Penulis: Thenangmy

Bahagian 1: Siapakah Nostradamus? 

Bahagian 2: Karya Les Prophéties

Bahagian 3: Siri Ramalan Notradamus yang terjadi di dunia ini 

Bahagian 4: Ramalan Nostradamus terhadap Adolf Hitler dan  Kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki

Bahagian 5: Ramalan Nostradamus tehadap pembunuhan John F. Kennedy dan Bobby Kennedy dan pendaratan manusia di bulan

 

Leave a Comment