Nostradamus, ahli nujum zaman Renaissance

Post 164: Nostradamus, Ahli Nujum yang meramalkan peristiwa masa hadapan

Bahagian 1: Siapakah Nostradamus?

Nama sebenar Nostradamus adalah Michel de Nostredame. Beliau dikatakan lahir pada tanggal 14 atau 21 Disember 1503 di Saint-Remy-de Provence Perancis. Nostradmus mula terkenal apabila beliau menggunakan kepakarannya untuk merawat mangsa wabak yang berlaku di Perancis dan Italy. Selain menjadi pengamal perubatan, beliau juga terkenal dengan beberapa ramalannya yang akan terjadi pada masa hadapan.

Namanya menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini kerana terapat beberapa ramalannya menepati dan terjadi seperti yang ditulis. Ramalannya telah dicatatkan didalam sebuah buku karyanya yang dikenali sebagai Les Propheties (The Prophecies) yang telah dikeluarkan pada tahun 1955. Walaupun telah lama diterbitkan, karyanya agak susah ditemui dan dicetak. Setelah beberapa lama karyanya diterbitkan, orang ramai mula mempercayai ramalannya setelah beberapa siri bersejarah terkait dengan ramalannya. Orang ramai mula menggunakan pendekatan Bible Code bagi merungkai ramalan yang ditulis oleh beliau.

Pada 1530, Nostradmus dikatakan menjadi “doktor” atau “bomoh” di satu tempat yang bernama Agen. Mengikut sejarah yang ditulis, Nostradamus sendiri tidak pernah mendapat pengiktirafan pelajaran dalam bidang perubatan, malah beliau sendiri pernah dibuang dari sekolah perubatan. Pada 1544, beliau berhijrah ke Salon, dimana beliau telah membantu penduduk disana untuk merawat wabak yang terjadi di kawasan Aix dan Lyon pada tahun 1546 hingga 1547. Ramalanya  pertamanya mula ditulis pada awal tahun 1547 dimana pada tahun 1555, beliau telah mengeluarkan karya yang bernama Centuries. 

Kemasyhuran Nostradamus semakin meningkat sehingga beliau telah di dijemput oleh Catherine de Médicis, untuk meramal masa depan anak-anaknya. Beliau juga telah dilantik sebagai Doktor oleh Charles IX ( Raja Perancis pada tahun 1560)  pada tahun 1564.  Nostradmus telah meninggal dunia pada 2 July 1566.

Terdapat banyak ramalannya yang menepati dan terjadi pada hari ini termasuklah wabak Coronavirus yang melanda dunia hari ini. Nantikan perkongsian kami seterusnya. Cerita ini baru nak bermula. Grab your popcorn

Penafian: Ramalan dan konspirasi adalah untuk bacaan hiburan untuk menghabiskan masa ketika saat wabak virus COVID-19 melanda Malaysia. Perkongsian ini hanyalah berbentuk hiburan dan tidak disarankan untuk mempercayainya.

Penulis: Thenangmy

 

Leave a Comment