PANAS, Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Agong

Post 302: PANAS, Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Agong

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, dalam satu kenyataan, hari ini, membabitkan pindaan baharu terhadap aturan mesyuarat di Parlimen iaitu  Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada majlis perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14, Isnin ini.

Beliau sudah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai ketua majlis, bahawa disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya, pihak kerajaan memutuskan majlis mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 yang berlangsung selama sehari pada 18 Mei dipinda.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan, ada tiga usul akan dibawa pada persidangan Isnin ini, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020, usul pelantikan Ketua Pembangkang, dan pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mohamad Arif berkata, pindaan yang dibuat adalah selaras dengan peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Justeru, Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, akan menyusul dengan mengeluarkan notis baharu majlis persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 kepada semua ahli dewan.

Sumber: Berita Harian 13 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment