Panas, khemah Milik Jakel di Seksyen 7 di Robohkan MBSA

Post 299: Panas, khemah Milik Jakel di Seksyen 7 di Robohkan MBSA

 

Sekitar operasi perobohan struktur khemah tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7 telah diadakan pada hari ini. Operasi dilakukan oleh kakitangan pelbagai Jabatan MBSA.

Dalam operasi itu juga, MBSA telah mendapati struktur tanpa kebenaran menggunapakai bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB. Perkara ini boleh mengundang bahaya!

Selepas suntingan ini tular, ia menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen, antaranya:

  1. Adakah sebelum ini mereka menyogok pihak berkuasa?
  2. Adakah ini kesan selepas tular video adik pemilik Jakel menghina bangsa Melayu?
  3. Adakah selama ini pihak berkuasa tidak tahu akan kewujudan khemah itu?

Kita berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak iaitu MBSA dan pihak JAKEL. Ketelusan pihak MBSA mengambil tindakkan terhadap mereka yang menceroboh tanah yang bukan milik peniaga itu sedikit sebanyak membuka mata masyarakat dan memberi kesedaran agar tidak melakukan perkara yang sama

Sumber: Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam 13 Mei 2020

Penafian: Kupasan ini dibuat berdasarkan status muat naik oleh pemilik akaun peribadi/ blog peribadi yang berkongsi maklumat itu secara umum  Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Kami membuat kupasan video bagi semua parti yang ada di Malaysia. Terima kasih

Leave a Comment