“Saya masih Menteri Besar dan Pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media”- DS Mukhriz

Post 301: “Saya masih Menteri Besar dan Pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media”- DS Mukhriz

Pembangkang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ke atas beliau melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bukannya dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pihak pembangkang  juga tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media dan tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa. Beliau berkata, terdapat beberapa proses perlu dilaksanakan termasuk membabitkan Sultan Kedah sebelum perkara itu (pertukaran kerajaan negeri) boleh berlaku, jadi selagi belum berlaku maka kerajaan masih beroperasi seperti biasa. Mesyuarat hari ini juga setuju bagi menentukan Menteri Besar masih mempunyai sokongan atau tidak, kami akan mencadangkan kepada Sultan Kedah supaya ia diputuskan melalui Sidang DUN,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Suasana politik di Kedah masih terkawal, saya masih Menteri Besar dan kerajaan negeri masih wujud. Tidak benar dakwaan mana-mana pihak bahawa kerajaan ini sudah jatuh semalam.

Mukhriz berkata, semua pihak perlu patuh kepada Perlembagaan dan Undang Undang Tubuh Negeri dalam menentukan siapa wajar dilantik menjadi Menteri Besar serta menubuhkan kerajaan negeri. Dalam perlembagaan menjelaskan peranan Tuanku Sultan dalam melantik Menteri Besar dalam kalangan ADUN yang mendapat sokongan majoriti, namun bagi memberhentikan Menteri Besar perkara itu tidak jelas. Disebabkan itu saya sudah mendapat mandat daripada EXCO untuk mengemukakan syor agar ia diputuskan pada Sidang DUN dan terpulang kepada Tuanku Sultan bagi memperkenankannya. Ada interpretasi Perlembagaan menyatakan perkara ini boleh dibawa ke DUN dan ahli boleh berbincang secara tertib serta mengemukakan hujah mengapa hilang kepercayaan kepada Menteri Besar sebelum proses undian dibuat.

Ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di Pusat, saya balik ke sini dan berjumpa semua ADUN PH dan BERSATU bagi mewujudkan kerajaan negeri PH campur BERSATU. Mengulas mengenai Akuan Bersumpah yang dibuat 23 ADUN termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), beliau menjelaskan semua ADUN Pakatan Harapan dan BERSATU sudah menandatangani SD menyokong beliau kekal sebagai Menteri Besar sebelum ini.

Beliau menjelaskan bagawa beliau tidak mengatakan SD tidak boleh dipakai, namun Ketua Pembangkang (Muhammad Sanusi Md Nor) perlu melalui proses betul kerana pada sidang media beliau, tidak nampak 23 ADUN jadi bagaimana kita mahu pastikan sokongan berkenaan.

Semalam, PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada BERSATU.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata 23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, BERSATU (empat), UMNO (dua) dan dua bekas ADUN PKR.

Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (lima), AMANAH (empat), BERSATU-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), BERSATU-Tun Dr Mahathir Mohamad (dua), UMNO (dua) dan BEBAS (dua).

Sumber: Berita Harian 13 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment