Sat. Sep 24th, 2022

Kaum kuno Mayan adalah kaum yang menetap di hutan Mexico dan Amerika Tengah bermula pada 2600 tahun sebelum masihi hingga kedatangan Sepanyol pada abad ke 16. Kaum Mayan terkenal dengan penemuan teknologi yang canggih pada waktu itu didalam bidang sains dan kosmology. Penemuan ini membolehkan mereka mencipta sistem kalendar yang lengkap. Selain itu, struktur binaan yang dibina juga merangkumi teknologi binaan yang canggih dan penuh perangkaan bagi sebuah bandar.

1. Coklat

Kaum Mayan adalah kaum yang pertama yang menjumpai penggunaan koko pada tahun 250 dan 900 AD. Mereka mencampurkan koko, lada hitam dan jagung untuk dijadikan sebagai minuman. Pada waktu itu, gula sangat sukar untuk diperolehi kerana ia perlu dicari melalui sumber semula jadi. Disebabkan itu, kaum ini tidak mempunya masalah gigi, obesiti dan masalah yang berkaitan dengan gula. Koko juga digunakan sebagai gam dan salah satu matawang awal yang wujud untuk pertukaran barang.

2. Dadah untuk berhalusinasi

Kerana kepakaran mereka dalam menggunakan sumber alam semula jadi, Kaum Mayan juga aktif dalam memanipulasi sumber asli untuk dijadikan bahan rekreasi. Perkara ini menjadi salah satu adat dan tradisi dimana ia digunakan semasa perayaan dan aktiviti keagamaan. Semasa aktiviti keagamaan, pawang akan mengambil tumbuhan yang boleh meransang kepada halusinasi untuk berhubung dengan dunia roh dan tuhan.

3, Sistem Kalendar

Sistem kalendar yang digunakan adalah berdasarkan sistem yang diguna pakai oleh masyarakat Mesoamerican. Walaubagaimanapun, sistemnya di standardkan kepada satu sistem yang tepat dan diguna pakai hingga ke hari ini. Kalendar Kaum Mayan terdiri dari tiga waktu masa iaitu Tzolkin, Haab dan the Long Count.

Tzolkin mengandungi kitaran 20 hari dan 13 nombor untuk menghasilkan jumlah 260 hari. Terdapat beberapa hipotesis yang mengatakan Tzolkin adalah dikira melalui perkiraan tumbesaran manusia dan gabungan sistem Agrarian dimana mengikut kedudukan planet Venus.

Haab adalah perkiraan berdasarkan putaran matahari selama 365 hari. Ia mengadungi tahun, 20 hari setiap bulan  dan 5 hari tambahan yang dikenali sebagai Wayeb. Wayeb adalah hari dimana ia sangat berbahaya kepada manusia (hari sial).

The long count mewakili kalendar yang tidak berulang dimana ia bermulan pada awal kewujudan kaum Mayan. Sistem ini mengira 20 dan 18 hari setiap bulan untuk dicukupkan kepada 360 hari dalam setahun.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

 

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *