Sun. May 15th, 2022

Post 24: Vape, Pod, Rokok haram mengikut mufti Wilayah Persekutuan?

Perkara ini memang telah lama dibincangkan memandangkan Malaysia adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Untuk pengetahuan semua, punca ketagihan kepada benda-benda ini adalah nikotin. Nikotin tu apa sebenarnya? Nikotin adalah sebatian yang dijumpai secara semulajadi didalam pokok tembakau. Daun tembakau dipercayai mengandungi kandungan nikotin paling tinggi. Nikotin merupakan racun saraf manjur yang digunakan dalam racun serangga. Kesan nikotin kepada manusia adalah ketagihan, dimana pada kepekatan rendah ia boleh menjadi sebagai bahan peransang kepada mamalia.

Kembali kepada topik asal Mufti mengharamkan penggunaan dan penjualan cecair nikotin.

Bila baca pada ruangan media sosial, ramai yang lantang menentang. Tidak kurang juga yang menyanggah atas fatwa yang dikeluarkan dan dikatakan ingin menutup periuk nasi peniaga yang mana majoriti pengeluar e-liquid ini adalah Melayu. Ada juga yang mempersoalkan kenapa rokok tidak diharamkan penjualannya kepada orang ramai? Sebahagian netizen menyokong penuh fatwa ini kerana mereka terganggu dengan persekitaran yang dipenuhi dengan asap rokok dan vape.

Untuk menjernihkan pandangan kita, dalam hal ini terdapat dua perkara yang harus kita faham. Bidang pengharaman dalam sudut penjualan bukan dikawal selia oleh Pejabat Mufti, mereka hanya mengeluarkan hukum dan isu-isu berlandaskan agama. Bidang kuasa mereka hanya terhad hanya mengeluar fatwa untuk rujukan ummah. Dari sudut pengharaman jualan datangnya dari kerajaan dan badan-badan berkuasa.

Mengeluarkan fatwa bukan perkara yang mudah dan bersifat kekal. Fatwa adalah sesuatu pandangan hukum yang dikeluarkan oleh mufti bertauliah. Bertujuan untuk menjawab persoalan berkenaan agama.. Jika pengaju tidak berpuas hati dengan fatwa yang diberikan oleh satu mufti, beliau boleh minta fatwa dari mufti yang lain. Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang mufti biasanya digunakan dalam masyarakat setempat, namun kadangkala boleh diterima pakai oleh masyarakat-masyarakat lain, dan dapat berubah dari masa ke semasa malah dari satu mufti ke mufti lain.

Pada 21 Disember 2015, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape ini adalah haram. Sebab pengharaman adalah hasil laporan dan kajian yang terperinci berdasarkan rekod, laporan dan pandangan daripada ahli yang pakar mengenai perkara ini. Bukan semudah pengharaman yang keluar oleh mulut kita semua.

Untuk membaca sebab-sebab clinical atau laporan kesihatan yang memustuskan mufti mengharamkan perkara ini boleh baca pada link yang kami sediakan (https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor)

Pada pandangan kami, fatwa ini dikeluarkan bukan bersifat kepentingan sendiri dan isu cukai seperti yang dicanang oleh netizen, malah menjadi parah apabila ia dipaparkan di media sosial tanpa maklumat yang lengkap dan membolehkan ia dimanipulasi oleh pelbagai pihak. Oleh itu, kita sebagai ummah yang bijak haruslah meneliti semua informasi yang diberikan dengan sebelum melatah dan menunding jari kepada mana-mana pihak.

Kepada yang menggunakan untuk berhenti merokok, teruskan perjuangan anda agar dapat bebas dari nikotin sepenuhnya. Kerana peperangan melawan nikotin pada diri sangat berat. Dan kami percaya anda semua mampu berjaya membuang ketagihan nikotin. Dan kepada adik-adik yang baru nak terjebak, tinggalkan lah benda yang tidak berfaedah ini. Jika ditanyakan kepada perokok, majoriti menyesal dengan keterjebakan mereka diatas ketagihan nikotin.

Mungkin pengeluar-pengeluar lepasni perlu buat inovasi dimana menyediakan kadar liquid dari sederhana kepada free nikotin bagi menyokong pejuang-pejuang yang ingin bebas dari nikotin. Kami rasa dengan cara ini, barulah sampai matlamat untuk membantu golongan ketagihan nikotin untuk bebas sepenuhnya.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai pengharaman vape dan liquid bernicotine

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *