Sat. Sep 24th, 2022

Tokoh ulama Kelantan tersohor lain ialah Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusof Ahmad juga terbabit secara tidak langsung dalam membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Beliau lahir daripada keluarga petani di Kampung Kubang Krian, antara 1868-1870 Masihi. Walaupun tidak mengangkat senjata menentang penjajah British, beliau sebagai Tok Guru berjaya meniup semangat jihad dan perjuangan demi mempertahankan agama dan bangsa. Ia disebarkan menerusi penulisan dalam Majalah Pengasuh dan Majalah al-Hikmah selain berjaya mendidik ramai tokoh ulama dan ilmuan Islam yang bertebaran di seluruh tanah air.

Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara menyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Dalam beberapa laporan lain, misalnya laporan dari salah seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan kepada wartawan Majalah Tiga yang ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun 2009. Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya telah menceritakan kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali. Bapanya menceritakan bahawa pada suatu ketika, di sebuah kampung di Kelantan, terdapatnya beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu,keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan, (pada kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan). Oleh itu, Tok Kenali dan beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah terbakar di kampung itu. Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung itu juga, kebanyakan daripada rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya. Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hamba-Nya yang beriman dan ingkar.

Thenang My

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *